NAMA negara kita sekali lagi harum di pentas dunia. Seorang cef muda berjaya meraih pingat emas di Dublin, Ireland dalam sebuah pertandingan masakan. : KitaReporters.com

Sumber : Laman Facebook Siti Safura Tawil


Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Panel Cef Ireland. - Sumber : Laman sesawang Food & Bev Live 2020


Siti Safura Mohd Tawil mempertaruhkan resepi Nasi Lemak Bunga Telang dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di Chef Ireland Culinary Competition 2020 yang bersempena dengan Pameran Food & Beverages Live 2020 di Dublin pada 4 dan 5 Februari 2020.

Sumber : WOB


Nasi Lemak Bunga Telang. - Sumber : WOB


Kejayaan Tersebut dikongsikan oleh Safura dalam laman Facebook beliau bersama-sama dengan pingat yang beliau perolehi.

Sumber : Laman Facebook Siti Safura Tawil


Dalam hantaran beliau dalam laman Facebook miliknya itu, Safura turut menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Duta Besar Malaysia ke Ireland.

Sumber : Laman Facebook Siti Safura Tawil


“Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga,” tulis Safura.

“Juga terima kasih kepada Cef Boy, Cef Fauzan, Dr. Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” tambahnya lagi.

Sapa kata masakan dan hidangan Malaysia ni takde kelasnya yang tersendiri? 

Siti Safura sudah buktikan.

Tahniah juga kepada Siti Safura atas kejayaan dan penat lelah yang beliau harungi untuk mendapat kejayaan dan sekali gus mengharumkan nama negara di pentas dunia. - KitaReporters.com

5
0
0
0
1

Copy Link: