ASEAN Monsoon Casting Tournament sebagai aktiviti musim monsun! Berjaya tarik pemancing antarabangsa!

Published by
KitaReporters


Sulaiman Sulong melepaskan peserta AMCT 2022 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu


MUSIM hujan yang melanda Terengganu pada setiap hujung tahun dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri untuk menarik minat pelancong ke negeri itu dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berasaskan musim tengkujuh

ASEAN Monsoon Casting Tournament atau Kejohanan Pancing Monsun ASEAN 2022 (AMCT 2022) adalah antara program menarik dan menjadi tumpuan peserta bukan sahaja dari dalam negeri malah turut disertai peserta antarabangsa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti-aktiviti memancing

Sebahagian peserta yang menyertai program AMCT di Tasik Kenyir 


Program selama tiga hari yang berlangsung di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 2 Disember dan berakhir pada 5 Disember 2022 menghimpunkan 433 peminat sukan memancing membabitkan kegunaan 24 buah rumah bot (houseboat) dan 60 kayak

Antara peserta dari luar negara termasuklah 14 peserta dari Amerika Syarikat, Thailand (18 peserta), Singapura (3 peserta) dan beberapa penyertaan dari Lithuania untuk saingan kali ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Sulaiman Sulong berkata, sejak diperkenal pada tahun 2009, aktiviti tahunan itu berjaya menonjolkan imej Tasik Kenyir ke persada dunia melalui penyertaan antarabangsa.


Sulaiman Sulong


Katanya, program tersebut diharapkan menjadi aktiviti puncak sukan memancing pada peringkat tasik.

"Penyertaan melibatkan peminat sukan memancing tempatan dan antarabangsa, kita rasa satu sambutan yang cukup dalam mempromosikan Terengganu dan Tasik Kenyir itu sendiri," katanya.

Menurutnya, program itu mendapat kerjasama yang erat dari Tourism Malaysia dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), di samping penganjuran kejohanan tersebut memberi banyak manfaat terutama kepada pengusaha rumah bot, pemandu bot dan penduduk setempat. 


Peserta bersiap sedia untuk menyertai pertandingan program AMCT


AMCT 2022 mempertanding empat kategori iaitu King of Sebarau, King of Toman, King of Special dan Best of Barra.

Berkonsepkan tangkap dan lepas, program berkenaan mampu memupuk kesedaran awam terutama peminat aktiviti memancing dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan ekosistem serta biologi marin Tasik Kenyir.

Bersempena AMCT 2022, sebanyak 10,000 anak ikan lampam hasil sumbangan Jabatan Perikanan Terengganu turut dilepaskan sebagai usaha menggalakkan pemancing meraih kemenangan. 

Berdasarkan rekod, sejumlah 500,000 anak benih ikan spesies eksotik tempatan asli termasuk Temoleh, Lampam, Kelah, Jelawat, Kerandang dan Sebarau telah dilepaskan penganjur di setiap penganjuran AMCT bermula 2015 hingga 2021. - KitaReporters


Sulaiman mengucapkan selemat berjaya kepada peserta yang mengambil bahagiandalam AMCT

 

 

11
19
1
11
0

Copy Link: