Produk Buncit! Ayam bakar pasu Buncit! Makan sampai buncit!
Published byBIASANYA 'buncit' dikaitkan dengan anggota bahagian perut atau nama timangan kanak-kanak panggilan orang-orang zaman dahulu. Begitulah sejenis makanan, ayam bakar pasu telangkup Buncit iaitu nama yang agak pelik, tetapi mampu menarik ramai pelanggan yang dijual di sebuah restoran beroperasi di persimpangan Jengka 10/11, Bandar Pusat Jengka, Maran. : KitaReporters
Pelbagai produk makanan berjenama 'Buncit' hasil usaha Puteri Zaleha Arifin yang boleh didapati di pasar raya, kedai runcit di kawasan Felda Jengka, Bandar Pusat Jengka, bandar Maran, bandar Jerantut dan luar Pahang. - Kredit foto: FB Produk Buncit.
Restoran Ayam Bakar Pasu Telangkup Buncit milik keluarga Puteri Zaleha Arifin terletak di persimpangan Jengka 10/11, Bandar Pusat Jengka. - Kredit foto: FB Produk Buncit
Lagi cerita-cerita berkaitan restoran:
https://kitareporters.com/search?search=restoran
Pemilik restoran itu, Puteri Zaleha Arifin, 40, berkata, makanan itu sangat digemari pelanggan kerana keenakan daripada bahan rempah perap yang disapu pada daging (ayam) yang dibakar tidak hilang rasa (rempah) malah menimbulkan aroma yang cukup menyelerakan apabila dimakan bersama nasi.
"Keunikannya, bahan rempah perap itu akan menghasilkan warna keemasan yang menarik apabila dibakar dengan menggunakan tempayan dianggarkan bergaris pusat 50 sentimeter (sm)," katanya di restoran persimpangan Jengka 10/11, Bandar Jengka pada 16 November 2020.
PUTERI ZALEHA ARIFIN
Menurut Puteri Zaleha, sejak menggunakan kaedah memasak (bakar) menggunakan beberapa buah tempayan telah memberikan kelebihan pada jualannya kerana mendapati rasa ayam dibakar lebih berperisa berbanding rasa daging segar.
"Jenama makanan ini di pasaran dikenali sebagai 'Buncit' termasuk produk sos cili Buncit, black pepper Buncit, pencecah Buncit, cuka makan Buncit, rempah perap barbeku ayam Buncit dan daging bakar Buncit turut dijual serta juga mendapat tempahan pekedai runcit,” katanya.
Ibu kepada empat orang anak itu turut dibantu oleh suaminya serta 12 orang pekerja menjalankan perniagaan bermula pada pukul 9 pagi hingga 6.30 petang pada setiap hari sejak merintis perniagaannya pada 2005.
Menu ayam bakar pasu buncit telangkup dibakar di atas api dalam beberapa buah tempayan menambah lagi rasa perisa dan aroma apabila diperap dengan campuran bahan berempah. - Kredit foto: FB Produk Buncit
"Setiap hari Isnin hingga Khamis sebanyak 80 ekor ayam bakar pasu telangkup Buncit telah habis dijual, manakala hari Jumaat hingga Ahad saya menyediakan 130 ekor ayam kerana sambutan pelanggan cuti hujung minggu serta mendapat tempahan untuk cenderamata sempena majlis tertentu.
"Sejak berniaga, seekor ayam bakar pasu telangkup Buncit dengan harga RM25 dan RM13 bersaiz separuh. Pendapatan ini mampu menampung kembali modal di samping upah pekerja dan perbelanjaan lain dalam tempoh pemulihan wabak COVID-19 ini," ujarnya.
Puteri Zaleha Arifin sedang memberikan penerangan mengenai produk Buncit kepada seorang pelanggan yang berminat untuk membeli yang singgah di Restoran Ayam Bakar Pasu Buncit Telangkup. - Kredit foto: Amir Hamzah Nordin
Puteri Zaleha berkata, dia juga melebarkan perniagaannya dengan mengeluarkan sos Buncit serta produk makanan lain berjenama 'Buncit' sudah berada di rak pasar raya Bandar Pusar Jengka, Jerantut, kedai runcit di kawasan Felda dan luar Pahang.
"Sejak tempoh penguatkuasan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) dan waktu pemulihan wabak COVID-19 ini perniagaan agak mencabar, tetapi saya bersyukur pelanggan terus memilih makanan yang saya jual dan semua pengurusan jualan berasaskan amalan norma baharu," ujarnya.
Tambahnya, mereka yang berminat untuk tempahan ayam bakar pasu telangkup Buncit untuk juadah majlis perkahwinan dan produk makanan lain boleh menghubunginya menerusi talian 017-9834285 atau 011-55009834. - KitaReporters
Nama makanan agak pelik sehingga mendapat perhatian pelanggan. - Kredit foto: FB Produk Buncit.