AKTIVITI memasak hari ini tidak lagi sesukar zaman mak ayah kita dahulu yang hanya menggunakan dapur kayu. Pelbagai ‘bantuan’ memasak yang wujud masa kini seperti periuk nasi elektrik, airfryer, periuk tekanan (pressure cooker), dan macam-macam lagi menjadikan aktiviti berkenaan semudah ABC.

Masukkan bahan dan tekan sahaja semua dah siap!

Namun kecanggihan yang ada itu jika tidak digunakan secara tepat kadang-kadang menjadi sesuatu yang tidak diduga.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masakan

SAMBAL sotong yang diidamkan untuk dihidang kepada keluarga. - Kredit foto: seripayaku.blogspot.com.


Kisah sama kepada seorang wanita yang mengidam untuk memasak sambal sotong kembang tetapi disebabkan tersilap teknikal ketika menggunakan periuk tekanan (pressure cooker) menyebabkan hidangan yang diidamnya ‘ghaib’.

Lebih melucukan sotong berkenaan menjadi cair seperti agar-agar.

Alamak apa sudah jadi?



Perkongsian lucu itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Norliza Liza menerusi ruangan Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official sehingga menjadi tular dan disaksikan lebih 14,000 pengguna.

Kongsi Norliza Liza buat pertama kali dalam hidupnya dia mahu memasak sendiri sambal sotong kembang kerana sebelum ini hanya menikmati hidangan itu di kedai yang telah siap dimasak.

Membayang kesedapan sambal sotong kembang membuatkan dia nekad memasak sendiri dengan bantuan barangan canggih yang ada di dapurnya iaitu periuk tekanan (pressure cooker).


S

SOTONG yang dimasukkan ke dalam periuk tekanan hancur dan menjadi seperti agar-agar. Kredit Foto Facebook Norliza Liza.


Sayangnya kerajinan yang mahu dibuktikan itu bertukar menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan dan sesuai dikongsikan dalam ruangan berkanaan.

Akuinya idea untuk memasukkan sotong berkenaan ke dalam periuk tekanan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada peniaga nasi lemak yang pernah dibeli sebelum ini.

Tetapi disebabkan kesilapan sendiri yang tersalah teknikal dan menekan butang yang salah pada periuk tekanan miliknya membuatkan Liza sekeluarga kempunan untuk menjamah hidangan sambal sotong kembang.

Alahaiiii…kesian pulak dia!

“1st time selama hidup tak pernah beli masak sendiri. Hari ni semangat akak nak masak sambal sotong kembang... haritu masa beli nasi lemak abang yang jual sambal sotong ni cakap masuk kejap dalam periuk tekanan tinggi baru lah lembut gebu jer, akak semangat cuci dan masukkan dalam periuk nak bagi lembut.

“Sambil-sambil masak sambal... wahhh bau sotong kembang menusuk hidung. Dalam hati mesti nanti masuk dalam sambal sedap nie,” kongsi.


TINGGAL tulang sotong yang lain 'melarikan diri'.


Namun tanpa diduga bila membuka periuk dia mahu melihat sotong berkenaan yang lembut memandang bau sotong berkenaan memenuhi keseluruhan rumahnya.

“Alih-alih bila buka periuk akak pun nak keluarkan sotong... Ehhhhh mana pergi sotong nie... sambal dah elok masak...sotong ni nyorokk..

“Tak puas hati akak tuang jer kat dlm sinki,” luahnya lagi.

Lebih menghampakan Liza memberitahu sotong yang dimasak itu manjadi cair dan meninggalkan bau sahaja.

“Rupa-rupanya akak salah setting periuk, tertekan untuk daging selalu setting daging jer.. hari ni ambik... tinggal tu je nak masuk dalam sambal sebelanga.

“Nasib sotong dah hancur lebur...dapat bau jer,” kongsinya lagi.


SEMOGA Liza tidak mengalah dan terus mencuba.


Nampaknya Liza terpaksa memasak hidangan lain, tak nak masak sambal agar-agar sotong pula ye?

Inilah namanya kenangan di dapurku!

Menjenguk ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ikhlas daripada Liza. Tidak kurang juga memberi nasihat dan pandangan kepadanya.

Semua ni jadi pengalaman, lepas ni mesti dah pro. Masak kali kedua mesti dah menjadi. - KitaReporters


2
0
0
1
0

Copy Link: