Gila betul! Remaja panjat kren 390m! Di bangunan kediaman 77 tingkat! Tanpa peralatan keselamatan!

Published by
KitaReporters


BAGI yang takutkan ketinggian pasti menjadi igauan apabila melalui tempat tinggi kerana gayat.

Namun berbeza dengan seorang remaja lelaki dari Manchester, England yang berani melakukan aksi mendebarkan dengan memanjat kren setinggi 390 meter tanpa memakai peralatan keselamatan.

Adam Lockwood melakukan aksi  bahaya berkenaan selepas dia menyamar sebagai pekerja di bangunan  pencakar langit kediaman 77 tingkat Il Primo, di sebelah bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan aktiviti lasak


Lockwood, yang juga selebriti media sosial dan mengendalikan saluran YouTube Nuisance,  turut berkongsi video aksi lasak yang dilakukan pada 30 Jun 2022 lalu.

Memetik The Guardian berkata, remaja berusia  21 itu berjaya meloloskan diri ke sebuah bangunan pencakar langit selepas mengaku dirinya sebagai seorang pekerja bangunan berkenaan dan mengakui tertinggal sesuatu dan perlu memasuki bangunan berkenaan.



Menerusi perkongsian dalam YouTube menunjukkan dia mencuba menaiki beberapa tangga dalam usaha mengelak dirinya dikesan oleh pekerja.

Apabila dia akhirnya berjaya sampai ke puncak bangunan, Lockwood memanjat kren. Malah kelihatan dia terus melakukan beberapa pusingan di sekeliling kren itu.



Aksi membahaya berkenaan kemudian dikongsi dalam saluran YouTube dan menunjukkan dia hanya berpegang sebelah tangan sahaja di kren berkenanaan. 

Sangat membahayakan!.

Remaja tersebut menyifatkan tindakan yang dilakukan sebagai pengalaman yang berharga dalam hidupnya dan akan dikenang sampai bila-bila.



Katanya, ketika melakukan aksi berbahaya itu remaja berkenaan berkata dia langsung tidak merasa takut dan bimbang.

Namun selepas melihat semula rakaman yang dilakukan, timbul perasaan gementar dan bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ketika melakukan aksi memanjat. Namun bersyukur semua telah selamat dan selesai dengan baik.

"Apabila saya mula-mula melihat rakaman itu, saya berfikir sendiri, ini dia, ini adalah perkara paling luar biasa yang saya lakukan," katanya. - KitaReporters


 

 

10
15
0
13
0

Copy Link: