Sebut sahaja Hafiz Mahamad pasti ramai yang mengenali, personaliti media sosial dan usahawan terkenal itu sememangnya dikenali dengan sikap penyayang dan pernah digelar lelaki romantik kerana sering membuat kejutan kepada isterinya sejak mereka bergelar pasangan kekasih lagi. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Hafiz Mahamad:

https://kitareporters.com/search?search=Hafiz+Mahamad


Kini selepas mendirikan rumah tangga, sikap Hafiz terhadap isterinya, Syafiqah Aina yang juga rakan kongsi perniagaan tetap romantik seperti dahulu.

Terbaharu, pasangan itu yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan penuh kejutan.

Kongsi Hafiz dia sengaja membuat isterinya kecewa dan lupa tentang tarikh keramat berkenaan sehingga isterinya merajuk.



Namun keesokkan harinya dia sengaja membuat kejutan kepada Ainaa dengan mengejutkan isterinya pada awal pagi dan mengajak untuk makan pagi bersama.

“Pagi tadi jam 4:30am saya bangun, terus kejut dia cakap nk pi breakfast. Reaction dia, breakfast apa 4:30am kena bangun. 

“Dia tak expect saya buat surprise pagi, sebab sebelum ni saya surprise malam je. Suka tengok “nervous” & “happy”,” kongsinya dalam Instagram miliknya mengenai kejutan terhadap kekasih halalnya itu.




Hafiz berkongsi dia tidak membeli hadiah istimewa kepadanya kerana tahu Ainaa lebih mampu untuk membeli sendiri sebaliknya mahu memberi kenangan sempena hari istimewa mereka berdua yang akan dikenang sampai bila-bila.

“Harini, abang tak ada beli hadiah. Abang tau awak mampu beli jika ia melibatkan “wang ringgit”. Tapi harini, Abang nak bg awak 1 kenangan yg tidak boleh dibeli dengan nilai apa pun.

“Waktu abang buka mata awak di atas, abang nak awak nampak & rasa sesuatu. Kita naik ke atas bersama & lihat pemandangan dari atas. Dalam waktu hati kita saling merindui, kita nampak impian kita di masa depan. Impian abang adalah AINAA, mengangkat darjat seorang wanita untuk berjaya dunia akhirat & pastikan orang disebalik nama awak tu mencapai “Kejayaan Demi Kebahagiaan”," kongsinya lagi.



Malah personaliti media sosial itu mengimpikan isterinya menjadi seorang wanita solehah dan seorang yang berjaya di dunia dan akhirat. Malah berjanji akan sentiasa melindungi isterinya selagi hayat dikandung badan.

Semoga kalian terus bahagia dan tercapai semua impian tersebut.

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan Hafiz dan Ainaa. - KitaReporters

6
3
0
0
0

Copy Link: