Jumbo Gola merupakan antara minuman jalanan di Mumbai, India yang kini mendapat sambutan terutama pada musim panas seperti sekarang. Minuman ini seperi ais kepal yang diberikan inovasi. - Kredit foto-foto: Video Mumbai Food Street.


ADA jenis makanan dan minuman di negara luar hampir sama dengan yang terdapat di Malaysia tetapi jenama tersebut dipanggil dengan sebutan berlainan, sekalipun bahan yang digunakan dan cara pengolahannya tidak jauh berbeza.

Ia mungkin disebabkan keadaan persekitaran yang berlainan menjadikan keadaan tersebut sedemikian. Tetapi pada asasnya perbezaan yang ada tidak menjadi masalah, malahan diharapkan jenis makanan atau minuman tersebut terus kekal.

Sebagai contoh kalau di negara kita Malaysia apam balik tetapi di Indonesia jenama berkenaan dikenali sebagai martabak.

Sedangkan kalau di sini martabak sejenis makanan berlainan yang dikategori bersama roti canai, roti canai telor, roti nan dan lain-lain yang diisi inti sama ada daging, ayam, pisang atau sardin.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan minuman:

https://kitareporters.com/search?search=minuman


Salah seorang pemuda menunjukkan kepada rakannya jenis minuman Jumbo Gola di kawasan jualan jalanan di Juhu Choepatty, Mumbai, India.


Di Mumbai, India sekarang tular sejenis minuman yang dipanggil Jumbo Gola di mana bahan yang digunakan dan cara pembuatannya hampir sama dengan pengolahan ais kepal pernah popular sekitar tahun 60-an dan 70-an di Malaysia. Sekarang ini minuman tersebut mula muncul kembali tetapi diberikan inovasi baharu sesuai dengan keadaan masa kini.

Minuman jenis ini juga dikenali sebagai Burj Khalifa Tower Gola merupakan antara jenis minuman jalanan yang kian mendapat sambutan terutama waktu musim panas seperti sekarang.

Melalui sebuah video yang tular dalam laman sosial Facebook Street Food Mumbai pada Selasa 2 Mac 2021, seorang peniaga minuman jenama berkenaan di kawasan Juhu Choepatty, Mumbai, India memberitahu keadaan cuaca panas sekarang minuman tersebut mendapat sambutan.

Penyediaan untuk membuat minuman jenis ini perlu ada bahan asas air batu kisar, air gula berbagai warna, air buah-buahan atau lainnya. Manakala peralatan yang perlu digunakan mesin pengisar air batu, cawan almunium, cawan plastik dan straw.


Penyediaan awalnya setelah air batu dikisar kemudian dimasukkan ke dalam cawan almunium dan keluarkan serta kepal untuk menjadikannya padar serta diletakkan straw di atasnya.


Air batu kisar Jumbo Gola perlu dikepal untuk menjadikannya dan kuat bila ia siap dan diberikan kepada pembeli.



Proses awal pembuatannya air batu yang telah dikisar halus di masukkan ke dalam cawan aluminium dan diletakkan straw pada bahagia atas selepas itu tambah air batu secara berperingkat-peringkat melalui bahagian bawah sambil mengepal dan menekannya supaya ia kukuh dan padu hingga sampai ke paras ketinggian 2.5 kaki (0.76 meter).

Setelah ais kisar yang dikepal tadi cukup mengikut ketinggiannya, ia dimasukkan ke dalam cawan plastik dan disiram dengan air gula berbagai warna atau air buah-buahan sama ada anggur, epal, tembikai, mangga, nanas dan lain-lain mengikut selera pembeli.

Selesai penyediaan tersebut baharulah boleh diberikan kepada mereka yang membuat pesanan. Bagaimanapun harga untuk sebatang Jumbo Gola tidak pula dinyatakan.


Seorang peniaga di Juhu Choeptty, Mumbai dalam proses menyiapkan Jumbo Gola di gerai jualannya.


Beginilah cara peniaga di Mumbai menyiapkan minuman Jumbo Gola yang ketinggiannya hampir 2.5 kaki.


Kalau dilihat melalui penyediaan bahan dan pengolahan Jumbo Gola boleh disimpulkan inovasi daripada ais kepal yang sedia ada di Malaysia. Malahan nama Burj Khalifa Tower Gola yang diberikan kerana keadaan struktur aisnya yang tinggi lain daripada kebiasaan. Sebagai usaha tarikan melariskan jualan minuman berkenaan peniaga mengambil nama Burj Khalifa Tower di Dubai yang popular dengan ketinggian bangunannya.

Mungkinkah jenis minuman ini dihasilkan oleh mereka yang pernah ke Malaysia dan melihat sendiri bagaimana proses ais kepal dihasilkan? Dengan melakukan inovasi jadilah minuman jenama berkenaan. Bagaimanapun tidak ada bukti mengenainya.

Walau apa juga isu dan keadaannya kini minuman jenama Jumbo Gola atau Burj Khalifa Tower Gola menjadi kegemaran rakyat India khususnya di Mumbai sekarang dan ia begitu mendapat sambutan ketika cuaca panas. - KitaReporters


Proses akhir pembuatan Jumbo Gola dengan menyiram sama ada air gula berbagai warna atau air buah-buahan mengikut permintaan pembeli.


Salah seorang pembeli (kanan) menerima Jumbo Gola atau dikenali juga dengan panggilan Burj Khalifa Tower Gola yang dipesannya dari seorang peniaga di Juhu Choepatty, Mumbai.

1
4
0
1
0

Copy Link: