Video| Untungnya! Bapa bekalkan makanan untuk gadis umur 25 tahun! Juga duit untuk makanan kecemasan!

Published by
KitaReporters


KISAH seorang gadis dibekalkan makanan oleh bapanya ke tempat kerja walaupun usia kini sudah mencecah 25 tahun telah meraih perhatian sehingga tular dalam media sosial.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama, @yarafaee_, beliau telah memuat naik empat keping gambar menunjukkan bekalan nasi goreng dan mi rebus serta tangkap layar menunjukkan duit belanja yang dikirim ayahnya sebagai “duit emergency” kerana tidak mahu anaknya kelaparan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha bekal makanan


“Saya sudah mencecah usia 25 tahun ini, tapi bapak masih sediakan bekal makanan untuk saya. Hari ini, nasi goreng untuk sarapan dan tengah hari pula ada mi rebus. 

“Kemudian kirim wang melalui online bank dengan rujukan “food emergency” dan masih risau saya akan kelaparan. Bapak, anak perempuan bapak ini kerja dia makan  je,” kongsinya dalam laman Twitter.

Rata-rata pengguna media sosial turut terharu dengan usaha bapa kepada gadis itu serta ada yang turut menawarkan diri untuk menjadi anak angkat kepada bapanya itu.



“Bestnya, ayah saya sudah meninggal dunia, saya teringin mahu dilayan seperti ini di tempat kerja. Kamu sungguh beruntung,” kongsi @ClicheMii.

“Bapa kamu mahu ambil anak angkat ke tidak,” soal @Mdzulhadi. - KitaReporters

“Tidak kira berapa pun usia kamu, kamu masih bayi pada bapa kamu,” tulis @ziatierasid. - KitaReporters


25
25
0
22
0

Copy Link: