Video| Pengguna tak serik? Kedai makan kotor! Viral kes telur ayam tak basuh! Gerai roti canai banjir!
Published byAntara kedai makanan yang popular dan 'viral' kerap dikunjungi oleh para pelancong tempatan dan luar negara terletak di Jalan Tranfer, Pulau Pinang. - Foto kredit: Star.
Belum pun reda isu video tentang seekor tikus sedang menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur; kini timbul pula satu lagi video mengenai kedai roti canai banjir ‘viral’ yang kotor yang mendapat pelbagai reaksi jijik oleh netizen di media sosial.
Ianya mengenai seorang individu sedang mengasingkan telur dipercayai belum dicuci dari najis (dari tray) ke dalam sebuah bekas (telur) di sebuah kedai makan di Jalan Tranfer, Georgetown, Pulau Pinang.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan roti canai
Selamba sahaja mamak di sebuah kedai makan Jalan Tranfer, Pulau Pinang memindahkan telur yang belum dibasuh dari 'tray' ke dalam bekas di hadapannya. - Sumber tangkap layar dari sebuah video.
Insiden tersebut, turut mengundang pelbagai komen warga maya apatah lagi kalangan ‘kaki makan’ atau pengemar tegar roti canai.
Berikut merupakan beberapa komen yang diluahkan oleh golongan warga maya:
“Sebut saja
kedai mamak aku memang tak lalu nak makan..pengotor..org perut hijau jer tahan
makan kedai mamak ni,” ujar Samzah Dan Lina.
“Mujur
jugak xjadi makan kat sini masa pergi Penang itu hari. Pergi kdai famous roti canai yg satu lg tu alhamdulillah nasib bersih
,tak mcm ni,” luah pula Fyza Ibrahim.
“Bila sedap
lupo PADA kebersihan....sebab diri pun suka pilih yg best,”tulis Saiful Mir.
Apa yang pelik, ramai peminat-peminat roti canai atau pemburu makanan (food hunter) tidak serik-serik masih berkunjung menjamu selera di premis-premis yang kotor dan kurang memuaskan.
Selepas pendedahan (video) itu dimuat naik dalam media sosial, pihak restoran kemudiannya segera tampil membuat kenyataan (menerusi video) permohonan maaf kepada orang ramai dari sebuah portal berita Malaysia Gazette.
Namun, tindakan
pengusaha makanan itu sudah terlambat apabila Pegawai Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Timur
Laut, Pulau Pinang menyerbu premis tersebut dan mengarahkan penutupan
selama dua minggu dengan serta merta pada jam 11 pagi. (2 Januari 2023). Pemilik
gerai berkenaan turut dikenakan kompaun RM500 kerana gagal memastikan
pekerjanya menghadiri kursus (penyediaan makanan).
Tindakan tersebut selaras dengan Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selepas gagal mematuhi piawaian kebersihan premis yang ditetapkan.
Pada tahun 2020, sebanyak 66,210 premis makanan di seluruh negara telah diperiksa oleh KKM dan 90.1 peratus didapati bersih. Manakala 1,534 (2.32 peratus) didapati kotor dan kurang memuaskan termasuk restoran dan kedai makan yang diarahkan tutup. - KitaReporters
Ramai yang terliur melihat menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu roti canai banjir digandingkan dengan ayam atau telur. - Foto kredit: Facebook
Sumber:
https://majoriti.com.my/berita/2022/12/31/video-039telur-confirm-tak-basuh039-ramai-kembang-tekak-tengok-cara-sedia-roti-canai-terkenal-di-george-town
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2023/01/02/najis-dikesan-pada-telur-ayam-gerai-roti-canai-jalan-transfer-diarah-tutup-2-minggu