Kedai ini patut diviralkan! Makanan sedap, servis cekap, mesra pelanggan! Siap ada skrin pesanan!
Published byKECEKAPAN sebuah restoran nasi ayam mengamalkan konsep berniaga yang mesra pelanggan dengan sistem pesanan yang pantas, teratur dengan penyediaan screen serta mengutamakan urusan rider mendapat pujian ramai dalam media sosial.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna media sosial bernama @SallehFahmi, beliau memberi pujian kepada restoran tersebut yang mengutamakan servis terbaik kepada pelanggan dengan kualiti makanan yang baik.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan nasi ayam
“Macam ni baru betul-betul berniaga. Jaga customer baik, jaga rider baik, ordering sistem pantas dan teratur, siap ada order screen. Jadi, kalau take away efisyen.
“Nak kuah boleh layan diri, rating Foodpanda beribu-ribu 5 star. Request kuah lebih dapat, bahagian ayam dapat. Servis A!,” ciapnya menerusi laman Twitter.
Rata-rata pengguna media sosial turut memuji konsep perniagaan yang diamalkan restoran itu serta berkongsi pengalaman makanan yang dijual bukan sahaja enak malah berkualiti.
“Bila bos dengar kata pekerja, bos ada nampak lompong yang perlu dibaiki dia tidak segan untuk labur sesuatu untuk kemudahan ramai pihak. Kedai seperti ini sesuai diviralkan,” tulis @iqbaldasril91.
“Sebagai warga Salak Tinggi, saya approve kedai mereka ini. Servis mereka sangat sistematik, laju. Makanan pun sedap dan berpatutan,” jelas @stfznr.
“Macam ini rupanya kedai ayam Mafia, selama ini order di food Panda sahaja. Sedap dan portion sangat banyak ya. Memng terbaik,” kata @jiennax.- KitaReporters