Video| Pembeli nasi lemak kena scam? Hanya ada sambal! Nak marah! Rupanya bahan disorok bawah nasi!

Published by
KitaReporters


Sebut sahaja nasi lemak, ramai rakyat Malaysia tahu dan suka makanan tradisional ini. Malah, nasi lemak diiktiraf sebagai makanan kebangsaan. Makanan ini wujud sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. 

Secara asasnya, nasi lemak terdiri daripada nasi yang dimasak bersama santan, ikan bilis, sambal, timun dan kacang.

Namun, hari ini pembuatan nasi lemak menjadi beragam dan dimakan bersama lauk sampingan sesuai dengan peredaran zaman.

Nasi lemak dulu-dulu dibungkus menggunakan daun pisang. Pada hari ini, masih ada peniaga yang mengekalkan teknik tersebut dan sebaliknya.


Secara Asasnya, nasi lemak hanya mengandungi nasi, sambal, kacang, ikan bilis dan mentimun. - Kredit Foto: Google Image


Penulis masih ingat ketika zaman sekolah rendah (80-an), sepinggan nasi lemak dijual hanya RM0.20 sahaja di kantin sekolah. Manakala pada zaman kini, penulis tidak pasti berapa harganya di kantin sekolah.

Penjualan nasi lemak makin meriah tidak kira di mana-mana waima di tepi jalan sekalipun dan ini membuktikan makanan tradisi tersebut masih mendapat sambutan. 

Pelbagai jenis lauk dan teknik menjual dilakukan oleh peniaga untuk menarik perhatian pelanggan. Lihat sahaja dari segi pembungkusannya yang beragam.


Nasi lemak hari ini ditambah dengan pelbagai lauk sampingan.-Kredit Foto: Google Image


Namun, perkongsian seorang pengguna TikTok sangat mencuit hati dan menarik perhatian. Dia berkongsi videonya sedang membuka bungkusan nasi lemak yang dibeli.

“Dahlah lapar buka-buka nasi lemak ada sambal dengan ikan bilis seekor sahaja. Rupa-rupanya kali pertama jumpa nasi lemak bahan-bahan tersorok bawah nasi,” tulisnya.



Berdasarkan video yang dikongsi, pada mulanya dia terkejut kerana nasi lemak tersebut hanya ada sambal dan serdak ikan bilis. Namun setelah diterbalikkan nasi lemak itu, barulah kelihatan bahan-bahan yang ada seperti ikan bilis, kacang, mentimun dan telur.

Hal tersebut membuatkan dia geli hati dan nyaris memarahi peniaga yang menjual nasi lemak kerana disangkakan telah ditipu. Malah, netizen turut terhibur dengan gelagatnya yang tertipu dengan cara pembukusan nasi lemak itu.



“Berahsia betul nasi lemak ni. Disembunyikan bahan-bahan yang lain,” tulisnya.

Ada juga netizen berseloroh mahu meniru contoh pembungkusan nasi lemak tersebut kerana ia menarik. “Nanti aku kalau jual nasi lemak, aku nak buat macam ni jugak. Surprise gitu,” katanya. - KitaReporters



13
16
0
13
0

Copy Link: