Kuali legend, legam Mek Yah terbaik! Kesukaan Tunku Azizah!
Published bySECANGGIH manapun peralatan memasak, pasti perkakas lama juga yang sedap digunakan seperti kuali atau periuk. Lagi lama lagi sedap dipakai! Biarpun kadang-kadang kuali tersebut sudah legam dek kerana ‘dimakan waktu’, tetapi selagi boleh digunakan, ia akan menjadi pilihan. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan Tunku Hajah Azizah:
https://kitareporters.com/search?search=tunku+azizah
Ada sesetengah suri rumah atau golongan emak-emak suka membeli perkakas baharu yang lebih moden dan canggih, tetapi tetap menggunakan yang lama apabila memasak. Inilah orang kata barang legend (lama)!
Begitulah yang berlaku ke atas Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atau lebih mesra disapa Tunku Azizah.
Tunku Azizah sememangnya dikenali cekap memasak. Sering berkongsi gambar dan video masakannya dalam Instagram, telatahnya di dapur bersama pembantu-pembantu mendapat perhatian ramai.
Terbaharu, Tunku Azizah berkongsi momen menggunakan kuali legend. Perihal kuali tersebut mendapat perhatian ramai kerana kagum dengan sifat rendah diri baginda yang masih menggunakan kuali lama seperti rakyat biasa.
Menurut Tunku Azizah, baginda sangat menyukai kuali berkenaan. Walaupun kelihatan hitam, namun kuali tersebut sudah dibersihkan. Menariknya,ada sejarah mengenai kuali tersebut yang dikongsi oleh baginda.
“Sebenarnya kuali legend ni Mek Yah punya. Puas sudah saya sental dengan berus besi, spray oven cleaner tapi tetap "hitam itu menawan". Kalau saya masuk wet kitchen istana, Mek Yah mesti suruh saya pakai kuali legend!
Kuali legend milik Mek Yah menjadi kegemaran Tunku Azizah.
“Pernah juga saya beli yang baru dan buang yang buruk ni, kena marah dengan Mek Yah. Memang betul, pakai kuali legend ada "kick"! Setiap kali sebelum pakai, kami akan sental dengan berus besi, ok.
“Kepada mereka yang geli, jangan bimbang, kuali ini sangat bersih!!! No germs or grimes dan saya sangat sukakannya!!! Mek Yah, mu viral pas ni wey!” seloroh baginda.
Sementelah itu, rata-rata netizen terhibur dan bersetuju bahawa kuali seperti inilah yang membuatkan masakan bertambah sedap. Malah,masing-masing mula berkongsi cerita mereka juga mempunyai kuali legend seperti Tunku Azizah.
Netizen turut bersetuju kuali lama lebih dekat di hati.
Betul, hanya golongan emak-emak yang biasa memasak sahaja tahu betapa syoknya memasak menggunakan peralatan lama yang sudah sebati dengan diri.
Walaupun peralatan memasak kini makin canggih, yang lama juga lekat di hati. - KitaReporters