Usia Edson Brandao 53! Tapi awet muda kerana pemakanan sihat
Published byhttps://kitareporters.com/search?search=pemakanan
Edson Brandao merupakan seorang influencer dan juga jurulatih peribadi yang kini tular dalam laman sosial. Edson yang berasal dari Groningen, Belanda ini mempunyai keadaan fizikal termasuk wajah yang sangat muda seperti seorang remaja, meski usianya sudah 50-an.
Menurut laporan Daily Mail UK, Edson mengaku bahawa rahsia awet mudanya kerana sejak dahulu dia selalu mengawasi pengambilan makanannya seperti mengurang seminimum mungkin makanan berminyak, bergula dan terlalu masin serta tidak mengambil alkohol, merokok dan makanan dalam tin.
Selain itu, dia suka beriadah dan melakukan rawatan kosmetik hingga tidak menampakkan kedutan pada wajahnya. Dia tidak pernah melakukan pembedahan plastik.
Kerana penampilannya yang trendi dan seperti remaja, ramai yang menyangka dia masih berusia 25 tahun.Menurut Edson, dia merawat tubuhnya kerana merasakan tubuhnya sebagai anugerah Tuhan. Walaupun sudah berusia 53 tahun, dia tetap mempunyai tenaga seperti lelaki berusia 20-an.
Edson turut memberikan cara pengambilan makanan hariannya untuk dicontohi.
Antaranya mengambil buah-buahan segar, susu almond, cereal, hingga pancake sayuran yang dibuatnya untuk sarapan. Sementara bagi proteinnya dia dapatkan daripada ikan putih, ayam, sayuran hingga beras perang untuk makan tengah hari. Dia mengambil ubi untuk makan malam.
"Saya adalah bukti nyata bahawa manusia boleh awet muda dan merasa muda meskipun umur sudah berumur. Langkah pertama untuk menjaga awet muda adalah dengan menerima dan mencintai diri sendiri," kata Edison. - KitaReporters