Apa jadi? Akibat layan telefon, getah seluar terjahit pada baju! Cerita Geng Minat Menjahit!

Published by
KitaReporters


ORANG tua-tua selalu berpesan, emak-emak, guru-guru juga berpesan dan pesanan itu memang betul pun patut dipatuhi. Ketika sedang membuat sesuatu kerja seperti menjahit, tumpukan perhatian dan minda kepada apa yang sedang dikerjakan. Fikiran jangan melayang memikir perkara lain.

Andai buat sesuatu dengan tidak fokus, tidak kira sambil memikir perkara lain atau sambil membuat kerja lain, risikonya akan terjadi kesilapan yang menyusahkan diri sendiri juga. 

Andai tersilap, kena buat semula. Ini ternyata membuang masa dan tenaga. Itu tak apa lagi, silap-silap boleh tercedera tangan misalnya, kalau kerja membabitkan penggunaan gunting atau jarum tajam.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan menjahit

Sepatutnya getah dipasang pada pinggang seluar, tapi tukang jahit ini dah tersilap pasang getah pada baju asbab leka melayan telefon sambil menjahit. - Kredit foto - FB Geng Minat Menjahit.


Bukan saja budak-budak yang perlu diperingatkan mengenai perkara ini, orang dewasa hatta kaum ibu pun sama. Mereka juga cenderung membuat dua kerja pada satu masa. 

Selagi minda masih boleh dikawal untuk melakukan dua kerja berlainan serentak, mungkinlah tidak akan berlaku apa-apa kesilapan. Tapi dalam kes-kes tertentu, boleh saja terleka sehingga terlupa apa yang sepatutnya dibuat.

Kisah ini antara yang geli perut nak ketawa. Terjumpa satu posting dalam grup FB Geng Minat Menjahit. Seorang ahli memuat naik satu posting bersekali gambar pakaian anak yang sedang dijahitnya. Pada posting itu dia menulis:

“Tak tahu la nak gelak ke nak nangis, Akibat sambil menjahit, sambil layan henfon (telefon bimbit), Getah seluar terjahit pada baju.” (Rujuk gambar)

Lihat gambar yang dimuat naiknya, getah yang dipasang pada bahagian bawah baju itu sepatutnya untuk pinggang seluar.  Sekarang apa dah jadi, getah seluar sudah terpasang pada baju?


Getah pada pinggang tidak sesuai untuk anak lelaki. Satu kesilapan yang ketara, tak boleh fikir bagaimana boleh terjadi begitu? - Kredit foto: FB Geng Minat Menjahit


Kalau baju untuk budak perempuan bolehlah diubah suai dengan mengekalkan getah di situ sebagai fesyen. Seorang ahli memberi komen;

Norhanita Kak Teh: Boleh buat fesyen ni

Fadilah Nawi: Ok jugak. Cantik. Bawah baju sambung buat renda dlm 5 inci. Tak sengaja cipta fesyen baru. Hasilnya kebaaabooooo.

Layla Sara:  Jangan tetas dulu.. buat pinggang seluar dengan getah lain.. dah siap pakai.. jadi fesyen juga.. macam baju yang bergetah kat pinggang tu..


Gambar hiasan... Jahitan yang tersilap perlu ditetas (buka) semula. - Kredit foto: Pixels photo


Namun malangnya baju itu untuk anak lelaki, maka dia terpaksalah menetas semula jahitan untuk mengeluarkan getah seluar pada baju. Ahli yang telah membuat kesilapan itu kemudian menjawab komen kawan-kawan di laman grup itu:

Mawarni Mat Yusoff menjawab komen Layla Sara: Kalau baju budak perempuan gerenti tak payah nak tetas... Masalahnya ni baju tido budak laki...stress yang amat.

Mawarni Mat Yusoff menjawab komen Mia Haris: anok tino paka dio kato comel... Tak dok aroh la ni baju tidor budak laki..

Seorang lagi ahli, Miz Hajar Ahmad pula berkata; "Sabar ye sis. Memang aktiviti menetas ni kawan baik tailor (tukang jahit). Kadang-kadang dah puas hati dengan jahitan, bila tengok tengok rupanya terjahit di tempat lain.


Gambar hiasan... Leka punya pasal sampai tersilap jahit, padahnya kena buat dua kali kerja dengan tambahan kerja menetas. Kredit foto: Pixels photo


Miz Hajar Ahmad: Tu la.. mula tu ingatkan fesyen getah kat pinggang then tengok bawah sikit baru faham. Sabar yer sis, memang aktiviti menetas kawan baik tailor.. kadang2 dah puas hati la dengan jahitan..tengok-tengok rupanya terjahit ke bahagian lain.

Demikian antara kisah pahit manis dalam kalangan grup FB Geng Minat Menjahit

Sebenarnya 1001 lagi kisah dugaan mereka kalau rajin meneliti nota luahan hati mereka dalam laman FB itu dari hari ke hari. - KitaReporters

18
16
0
8
0

Copy Link: