Tuah umpan roti pandan! Pemandu juara Fiesta Joran Selangor 2025! Bawa pulang wang tunai RM8,000!
Published bySeramai 710 peserta hadir memberi sokongan kepada penganjuran Fiesta Joran Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
Oleh ROSLI YAHYA
Seorang pemandu, Muhammad Roduan Musrati, 35, dari Ampang, Selangor apabila dinobatkan selaku juara pertandingan memancing Fiesta Joran Selangor (FJS) di Tasik Fraser Valley, Kuala Kubu Bahru, Selangor pada Ahad lalu.
Kejayaannya menaikkan ikan patin seberat 9.865 kilogram(kg) kira-kira jam 11.10 pagi membolehkan dia memenangi hadiah wang tunai RM8,000 pada pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM22,400.
Muhammad menyifatkan tuah buatnya apabila roti pandan yang digunakannya sebagai umpan disambar ikan patin yang memaksa dia mengambil masa lebih 12 minit sebelum dapat menaikkan ikan tersebut.
Katanya, beliau selalu mengikuti pertandingan memancing lebih 10 tahun sejak dahulu lagi tidak pernah patah semangat walaupun kecundang namun rezekinya kali ini berjaya membuahkan hasil.
“Ini sudah rezeki saya dan rasa terkejut setelah menunggu hampir 10 tahun untuk naik ke podium utama. Baru hari ini membuahkan hasil dan tidak tahu nak buat apa,” ujarnya.
Ng Suee Lim (tiga dari kanan) bersama pemenang selepas menyempurnakan perasmian penutupan Fiesta Joran Selangor 2025 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu Selangor pada 9 Februari 2025.
Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Exco Pelancongan Negeri Selangor, Dato’ Ng Suee Lim.
Pertandingan anjuran Tourism Selangor Promosi Sdn Bhd merupakan salah satu acara yang disediakan kepada warga Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025 bertemakan "#SuprisingSelangor” menyaksikan sebanyak 385 ekor ikan pelbagai spesis berjaya dinaikkan peserta.
Tempat kedua dimenangi Mohd Farid Napie, 39, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur apabila berjaya menaikkan ikan patin seberat 8.730kg untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000, manakala tempat ketiga menjadi milik Mohd Shahrul Ruslan, 40, dari Seremban, Negeri Sembilan juga menaikkan patin seberat 8.210kg yang menerima RM1,000.
Sementara itu, FJS itu disertai 710 kaki pancing dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.
Dalam pada itu, Ng berkata FJS 2025 menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan 710 pemancing berbanding sasaran 500 peserta.
Menurutnya, program dengan kerjasama swasta itu membuktikan aktiviti memancing mendapat tempat dan berpotensi menjadi tarikan pelancong.
“Kita terkejut dengan sambutan yang amat baik daripada pemancing. Ini membuktikan memancing mendapat perhatian dan berpotensi untuk tarik pelancong luar,” katanya.
Fiesta Joran Selangor 2025 menawarkan hadiah keseluruhan RM22,400 dengan yuran penyertaan RM50.
“Acara Fiesta Joran Selangor bertujuan untuk mempromosi pelancongan dan ekonomi tempatan, terutama sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
“Acara ini diharap dapat memupuk perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat,” katanya.
FJS 2025 turut dimeriahkan dengan program sampingan yang menarik untuk pengunjung seperti jualan buah-buahan tempatan, aktiviti untuk keluarga, serta pameran daripada pengusaha produk pelancongan negeri Selangor, agensi kerajaan serta swasta.
Pada waktu yang sama, melalui FJS juga turut menaikkan ikan-ikan pemangsa di dalam tasik berkenaan antaranya Patin Mekong, Peacock Bass dan Tilapia berjaya dikeluarkan sebagai usaha memelihara kelestarian ecosistem di tasik berkenaan. - KitaReporters