Demontrasi membuat laksa secara tradisional


LEBIH 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri dijangka hadir pada Karnival  Beautiful Terengganu 2023 yang akan berlangsung selama empat hari pada 23 hingga 26 Februari 2023 di Padang Astaka Kemaman. 

Program anjuran Kerajaan Negeri dengan pelbagai pengisian menarik ditampilkan seperti pertunjukan kebudayaan, demonstrasi kebudayaan, pertunjukan bunga api, permainan rakyat dan sebagainya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan karnival-karnival


Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Fadhli Yusof Zakaria berkata, tidak ketinggalan juga sepanjang karnival tersebut  sesi informatif dari lapan agensi yang berkaitan bagi mempamerkan keunikan dan kepelbagaian produk pelancongan yang terdapat di negeri ini. 

Katanya, lebih daripada 20 syarikat dan hotel bersedia untuk menawarkan harga yang sangat berpatutan, dan seramai 90 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut serta dalam karnival tersebut.

Beliau berkata demikian Ketika ditemu bual dengan radio Manis FM bertempat di Konti Manis FM, Kuala Terengganu, pada 13 Februari 2023.



Tambah Fadli, pihak jabatan pelancongan memilih daerah Kemaman bagi memastikan setiap daerah di Terengganu mendapat promosi dan publisiti yang sewajarnya.

Beliau berkata, penganjuran Karnival Beautiful Terengganu 2023 cukup bermakna kerana inilah platform yang baik untuk memperkenal Terengganu kepada pengunjung luar.


Permainan gasing


"Antaranya, makanan tradisional, kesenian, kebudayaan, seni warisan dan jenis-jenis permainan tradisional yang hampir di telan zaman,”katanya.

Beliau berkata, ia juga bertujuan mempromosikan produk serta perkhidmatan berkaitan sektor pelancongan yang terdapat di negeri ini. - KitaReporters


 

15
15
1
8
0

Copy Link: