Bersiap sedia, penggemar makanan sekalian! Untuk meraikan Hari Kemerdekaan yang kian menjelang, platform pelancongan digital Agoda memberikan tumpuan istimewa kepada dunia kulinari Malaysia yang meriah. 

Bersedialah untuk memulakan pengembaraan memburu makanan ke lima destinasi utama Merdeka yang menjadi pilihan ramai.

Makanan, sebuah bahasa universal yang menyemarakkan perpaduan dan menyatukan orang ramai, memainkan peranan yang utama dalam masyarakat majmuk Malaysia. 

Agoda memahami kepentingan makanan dalam menjadikan sebuah perjalanan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. 

Dan Merdeka ini, marilah kita sertai “kegilaan meleleh” untuk meneroka kepelbagaian makanan yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. 

Idamkan destinasi makanan yang terbaik? Agoda telah mengkaji data tempahannya untuk menyenaraikan 5 lokasi domestik yang teratas untuk percutian hujung minggu Merdeka, lengkap dengan cadangan hidangan untuk dicuba dan tempat penginapan yang menarik. 

“Kami sedari bahawa cara menawan hati seseorang adalah melalui makanan, dan warga Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini,” kata Cleland Robertson, Pengarah Negara, Malaysia dan Brunei, Agoda. 

“Di Agoda, misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada pelancong untuk memulakan perjalanan yang menarik dan menemui pengalaman baharu. Dan dalam kes ini, cita rasa baharu. 

"Melalui senarai destinasi terbaik yang disusun rapi ini, kami mengalu-alukan semua untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-66 dengan aktiviti kegemaran kita semua iaitu melalui makan! 

"Kami ingin menggalakkan semua untuk meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dengan menikmati hidangan-hidangan ikonik dan juga meneroka permata kulinari yang tersembunyi.”


#1 Kuala Lumpur 

Hentian pertama, Kuala Lumpur – destinasi domestik paling popular di Agoda pada hujung minggu Merdeka yang panjang. Ibu kota yang meriah ini memang sukar ditandingi dalam bab tempat-tempat makanan jalanan. 

Bersedialah untuk menjamu selera dengan makanan yang enak seperti sate panas dan nasi lemak yang harum yang akan membuatkan selera anda menari gembira. 

Bercakap tentang kebahagiaan, marilah kita "burgembira" di WhiteBurger – sebuah tempat makan yang unik dengan pemandangan yang hebat. Kedai burger ini menyajikan burger yang enak, berlatarbelakangkan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang ikonik, menjadikannya satu tempat untuk meraikan Hari Merdeka dengan penuh bergaya. 


#2 Pulau Pinang 

Pulau Pinang menduduki tempat kedua dalam senarai destinasi Merdeka yang utama. Sinonim dengan destinasi makanan yang hebat, Pulau Pinang tidak dapat disangkal lagi sebagai sebuah syurga makanan Malaysia. 

"Pulau Mutiara" ini menawan hati semua penggemar makanan dengan pelbagai pilihan gerai penjaja dan kedai makan tradisional yang hebat. 

Jamu selera anda dengan Laksa Asam Pulau Pinang yang terkenal di dunia, Char Koay Teow dan juga Rojak Pulau Pinang. 

Sempena sambutan 66 ulang tahun kemerdekaan, kita juga memberi penghormatan kepada tokoh makanan tempatan yang telah mencipta hidangan kulinari yang hebat sejak berdekad-dekad lamanya. 

Salah seorang tokoh tersebut adalah Uncle Guan, maestro  masakan Apom Guan yang berusia 77. Apam pisang Apom Guan terkenal sebagai penkek yang terbaik di pulau tersebut. 


#3 Melaka 

Melaka, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan warisan pelbagai budaya, merupakan harta karun bagi penggemar makanan. 

Di samping keajaiban budayanya, Melaka juga terkenal sebagai destinasi masakan yang berinovasi, tempat kelahiran beberapa hidangan Malaysia yang trendy dan digemari ramai. 

Sajian seperti Klebang Coconut Shake yang menyegarkan dan Mihun Udang Berkeju memeriahkan dunia kulinari Melaka yang memikat hati. 

Grass Stream Kitchen - sebuah tempat makan ala-kampung telah menggegarkan laman media sosial dengan kemasyhuran Pizza Parang, yang mana piza dipotong secara unik menggunakan parang. 

Pengalaman hidangan yang bukan konvensional ini menambahkan sentuhan keterujaan dan mesti dicuba bagi mereka yang inginkan pengembaraan kulinari yang tidak dapat dilupakan di Melaka. 


#4 Kota Kinabalu

Terletak di kepulauan tropika Borneo, Sabah, Kota Kinabalu memikat dengan hidangan yang terhasil daripada gabungan cita rasa asli tempatan dan makanan laut yang menyelerakan. 

Jamu selera dengan rasa aromatik Nasi Lemak Sabah, hidangan makanan laut yang lazat dan rasai penangan berapi Sinalau Bakas, sejenis sajian tradisional Kadazan-Dusun. 

Untuk pengalaman kulinari yang benar-benar unik, terokai laluan yang jarang digunakan dan kunjungi My Native Sabah. Restoran tempatan ini meneruskan warisan keluarga dengan menghidangkan masakan Kadazandusun yang tulen dan mempamerkan warisan kulinari Sabah yang kaya.


#5 Kuantan

Bersiap sedia untuk pengembaraan kulinari yang hebat di Kuantan, sebuah bandar yang meriah di pantai timur Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan pelbagai masakan tradisional Melayu. 

Nikmati keenakan Ikan Bakar yang terkenal, yang mana ikan telah diperap dalam adunan rempah istimewa, dan cuba Keropok Lekor, kudapan kegemaran tempatan yang digemari ramai. 

Untuk pengakhiran manis yang sempurna, manjakan diri dengan cita rasa Malaysia di Cendol Air Putih, di mana menu yang meluas termasuk Cendol Durian yang ikonik. Manisan istimewa yang mesti dicuba ini pasti akan membuatkan anda merindui satu lagi hidangan. 


Data destinasi sambutan Merdeka ini adalah berdasarkan tempahan yang dibuat di Agoda dari 1 Jun hingga 13 Julai 2023 untuk tempoh 31 Ogos hingga 3 September 2023. - KitaReporters/Kenyataan Media


7
14
0
10
0

Copy Link: