Semoga jelas semuanya! Zarina jelas video isu marah restoran
Published byBARU-BARU ini kecoh dalam media sosial apabila satu video dari aplikasi TikTok anak kepada penyanyi Sharifah Zarina memaparkan pelantun lagu Langit Ke Tujuh itu naik angin terhadap sebuah restoran yang terletak di ibu kota. Dalam video tersebut, Zarina kelihatan meluahkan rasa marahnya terhadap layanan restoran tersebut terhadap diri dan keluarganya. : KitaReporters
Zarina meluahkan perasaan marah dan kecewanya dengan apa yang telah berlaku.
Lagi cerita-cerita berkaitan restoran:
https://kitareporters.com/search?search=restoran
Menurut Zarina, dia mahu meraikan majlis ulang tahun anaknya di restoran tersebut tetapi setelah lama menunggu dia baru dimaklumkan lokasi yang dipilihnya itu ditutup awal kerana sudah ditempah untuk sebuah majlis lain.
Kejadian itu membuatkan Zarina kecewa dan marah kerana tidak diberitahu awal sedangkan wakilnya sudah lama berada di situ.
Dalam pada itu, bagi pihak restoran pula, pemiliknya tampil memberi kenyataan bahawa notis penutupan restoran tersebut telah dimaklumkan lebih awal.
Penjelasan daripada pihak restoran berkenaan dakwaan yang dibuat oleh Zarina.
Justeru, pihak mereka mahu mendakwa Zarina atas
tuduhan yang dianggap fitnah itu. Walaupun dalam kenyataan tersebut tidak
menyebut nama Zarina, namun ramai yang tahu kepada siapa ia ditujukan berdasarkan
video yang tular.
Terbaharu, Zarina sekali lagi memuat naik
kenyataannya dalam Instagram menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Malah,
dia juga menjelaskan video yang tular itu sudah dipadamnya.
Menurut Zarina, apa yang berlaku itu bukan rekaan atau fitnah seperti yang didakwa oleh pihak restoran. Berikut adalah penjelasan Zarina mengenai apa yang berlaku sebenarnya.
Ketika ini, Zarina dan keluarga dibenarkan masuk ke restoran dan tidak diberitahu apa-apa masalah.
Pekerja memaklumkan notis penutupan awal telah dimaklumkan dalam media sosial.
Zarina menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.
Mungkin apa yang berlaku ini adalah disebabkan salah faham antara kedua-dua pihak. Semoga isu ini dapat diselesaikan secara baik. - KitaReporters