Tip masak Eina Azman! Paling penting penuhi selera keluarga!
Published by“Memasak sebenarnya bukan susah. Saya memasak tanpa menggunakan sebarang sukatan. Apa yang penting ialah masakan saya memenuhi selera keluarga. Begitu jugalah dengan perniagaan makanan. Kita perlu memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan." Begitu pandangan pelakon Datin Paduka Eina Azman. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan masakan:
https://kitareporters.com/search?search=masakan
Eina Azman berkongsi pandangannya itu kepada lebih kurang 905 orang wanita tempatan yang menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani Maggi yang diadakan selama tiga hari bertujuan menyampaikan pengetahuan dan pandangan dalam bidang peningkatan keyakinan diri, kemahiran digital dan keusahawanan serta kemahiran memasak. baru-baru ini.
“Kita tidak perlu takut untuk mencuba sesuatu yang baharu termasuklah resipi yang baharu. Kita tidak akan tahu hasilnya selagi kita tidak mencuba terlebih dahulu,” sambung Eina selaku duta jenama Maggi Cukup Rasa yang baru-baru ini juga mendedahkan identitinya di sebalik topeng 'Rafflesia' apabila tersingkir dalam program realiti "The Masked Singer Malaysia'.
Seperti luah Eina ketika tersingkir, "Saya bukan seorang penyanyi, kepakaran saya adalah dalam memasak tetapi saya masuk program ini kerana berani mencabar diri."
Ketika pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi yang berlangsung pada Ogos 2020.
Tidak syak lagi, pemilihan Eina Azman sebagai duta jenama Maggi Cukup Rasa menepati hasrat penganjur yang mahu wanita tampil berani untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam kehidupan mereka.
Menerusi bengkel dalam talian berkenaan, para peserta mempelajari cara untuk meningkatkan kesedaran peribadi, membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran komunikasi termasuk secara lisan dan juga bertulis seperti cara mengarang e-mel dengan lebih berkesan.
Selain Eina, turut terlibat sebagai mentor terdiri daripada Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly serta Ikon Usahawan Muda Tahun 2019 dan pemilik ‘My Mum’s Bakery’, Anne Idris.
Terdahulu, beberapa siri bengkel dalam talian telah diadakan pada bulan September dan Oktober 2020 sejurus selepas pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi disempurnakan, yang merupakan sebuah program di seluruh negara anjuran Maggi dengan kerjasama Google Malaysia melalui Women Will, sebuah program Grow with Google.
(Sila baca artikel berkenaan di https://kitareporters.com/gaya/BDbDkw8Yal)
Ia melibatkan dua komponen, meliputi siri bengkel dalam talian dan program mentor peribadi di mana tiga orang mentee akan dipilih dari kalangan peserta bengkel untuk menerima bimbingan peribadi bersama Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris waima mereka berpeluang menerima RM1,000 sebagai bantuan memulakan perniagaan.
Menurut Geetha K Balakrishna (gambar atas), Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestlé (Malaysia) Berhad, program yang dilaksanakan berhasrat memperkasa dan memberi inspirasi kepada wanita untuk mencapai keyakinan diri supaya mereka lebih berani meneroka bidang baharu, sama ada dalam kehidupan, perniagaan atau masakan!
Bengkel dalam talian menyampaikan pelbagai kemahiran keusahawanan seperti cara untuk memanfaatkan platform atau alat digital untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan meluaskan lagi capaian pemasaran produk dan perkhidmatan selain berpeluang mempelajari petua masakan yang dikongsikan cef Maggi iaitu Cef Muluk.
“Sokongan daripada masyarakat adalah penting untuk kami, terutama pada tempoh yang kritikal seperti sekarang di mana banyak keluarga yang terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19,” tambah Geetha sambil memberitahu, Maggi berhasrat membawa impak kepada lebih ramai wanita terutama dari kumpulan B40 dan pada masa yang sama mengembangkan modul-modul sesuai untuk memenuhi keperluan komuniti yang sentiasa berubah.
Sambungnya, maklum balas menggalakkan diterima daripada para peserta terutama semasa tempoh yang mencabar di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang bagi menjamin kedudukan kewangan mereka serta keluarga.
Menerusi kerjasama dengan Google Malaysia, para peserta mempelajari cara memulakan perniagaan dengan menggunakan platform dan peralatan Google serta pengurusan dokumen bagi meningkatkan kecekapan perniagaan mereka.
Para peserta turut diberikan petua pemasaran produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih berkesan apabila menggunakan platform digital serta cara untuk menguruskan aspek kewangan perniagaan dengan lebih cekap.
Seterusnya, para peserta juga diberi peluang untuk mempelajari kemahiran memasak yang baharu oleh Cef Muluk yang turut membimbing peserta tentang keselamatan makanan, penyediaan makanan dan proses penyimpanan serta cara untuk menyediakan makanan dalam jumlah yang banyak bagi mencapai skala ekonomi.
“Saya tidak begitu berpengalaman dalam menjalankan perniagaan. Tetapi selepas menyertai bengkel berkenaan saya belajar pelbagai petua yang berguna tentang cara meningkatkan kemahiran keusahawanan, bagaimana untuk meluaskan capaian pelanggan dan menguruskan aspek kewangan perniagaan dengan lebih baik lagi.
"Sudah tentu saya akan menggunakan pengetahuan yang dipelajari ini untuk fasa perniagaan saya yang seterusnya,” memetik komen Afzuzilla Binti Mislan, 33, (gambar atas) yang merupakan seorang suri rumah dan juga usahawan yang terlibat sebagai peserta bengkel.
Pada yang tidak berpeluang mengikuti bengkel ini usah risau kerana program sama akan diteruskan tahun 2021 depan. Sementara itu, kita tunggu siapa agaknya tiga mentee yang berjaya kelak, ya! - KitaReporters