Mangsa prank penggodam! Terima 16 tempahan makanan serentak!
Published byBAYANGKAN kediaman anda didatangi sekumpulan penghantar makanan secara serentak sedangkan anda tidak pernah membuat pesanan pasti membuatkan anda berdebarkan? Lebih mengejutkan yang datang menghantar makanan itu bukannya seorang sahaja tetapi lebih daripada 10 penghantar makanan FoodPanda. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan Foodopanda:
https://kitareporters.com/search?search=foodpanda
Itulah yang dilalui seorang pemuda yang menjadi mangsa keadaan oleh penggodam selepas menerima kejutan dengan kedatangan 16 orang penghantar makanan Foodpanda ke rumahnya secara serentak di daerah Paco, Manila.
Memetik laporan portal coconut.com, usahawan muda, Vladimir Cuevas yang menjadi mangsa keadaan terkedu dengan kehadiran penghantar makanan ke rumahnya kira-kira 3 petang pada18 Disember 2020 lalu menyebabkan dia terpaksa membayar sebahagian pesanan bernilai AS$39 (RM157) untuk setiap pesanan daripada pelbagai rangkaian makanan segera.
"Saya sangat
terkejut apabila semua Foodpanda tiba di hadapan rumah saya dan setiap
penghantar makanan disertakan dengan makanan yang bernilai RM157.
“Tetapi peliknya penghantar Foodpanda itu tidak memiliki maklumat nombor telefon untuk menghubungi saya dan alamat rumah juga telah digunakan oleh orang lain untuk melakukan ‘prank’ (gurauan) tersebut,” ujar usahawan berusia 25 tahun itu.
PEMILIK kedai gunting rambut, Vladimir Cuevas terkedu selepas kediaman didatangi penghantar makanan secara serentak.
Jelas pemuda yang memiliki perniagaan menggunting rambut itu, walaupun
menjadi mangsa prank dia terpaksa mengambil dan membayar makanan dari empat orang
penghantar makanan sahaja.
Namun nasibnya agak baik apabila ada jiran-jiran sekelilingnya sanggup membayar sebahagian lagi tempahan berkenaan bagi membantu dirinya.
Malah ada juga beberapa penghantar Foodpanda terpaksa meninggalkan kawasan itu dan menjual makanan di tempat lain.
Tergamak
sungguh mengenakan seseorang dengan cara demikian, nasib baik Cuevas mampu
membayar. Bayangkan jika pesanan itu dibuat tidak mampu dibayar semestinya
penghantar yang menjadi beban.
Ingatlah
janganlah sesekali menyusahkan orang lain. : KitaReporters