Taman Tasik Shah Alam. - Kredit foto: mdfaiez84.com


Keindahan dan ketenangan Taman Tasik Shah Alam sentiasa menggamit memori kepada mereka yang pernah berkunjung ke sini. Taman ini adalah sebuah pusat rekreasi yang terkenal dalam kalangan pengunjung yang datang ke bandar raya Shah Alam.

Terletak di Seksyen 14 Shah Alam, taman ini memberi peluang warga Shah Alam amnya dan penduduk sekitar Selangor datang beristirahat dan melihat pemandangan indah serta mencari ketenangan

Taman Tasik Shah Alam ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjungnya juga sebuah tempat aktiviti riadah kekeluargaan, tempat pertemuan sahabat handai, aktiviti kebudayaan dan banyak lagi.

Suasana nyaman dan tenang di sekitar tasik Shah Alam berkenaan menjadi ia sebuah tempat tarikan pelancong luar dan dalam negeri Selangor.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tasik-tasik



Tidak ramai tahu, bahawa tasik yang berkeluasan 50 hektar ini adalah hasil idea dan kerjasama arkitek landskap dari Jepun Fumiyaki Takano, ianya mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan dari tahun 1980 hingga 1984.

Taman Tasik ini juga adalah sebuah projek syarikat dari Jepun, yg bernama Takano Landscape Planning Co Ltd, Japan yang berpengkalan di Jepun dan mempunyai cawangan di seluruh dunia.

Cetusan Idea Taman Tasik adalah daripada Almarhum Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Almarhum mahukan rakyat Selangor menikmati sebuah kawasan rehat yang sangat menenangkan dan damai. 

Hari ini perubahan yg berlaku pada Tasik Shah Alam sangat mengagumkan. Banyak tempat tempat sekitar telah dinaik taraf dan beberapa taman baru diwujudkan untuk menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara.


Khairunisa Mohd Zaini, Arkitek Landskap MBSA


Menurut Khairunnisa Mohd Zaini, pegawai Arkitek Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang juga penyelenggara Taman Tasik Shah Alam, terdapat pelbagai aktiviti dan kedai serta tempat menarik di sekitar Tasik ini. Antaranya ialah: 

1. Sewaan kayak, menaiki bot

2. Zip line @ flying fox

3. Laman Budaya Musical Fountain

4. Sudut Taman warisan Melayu

5. Jambatan/titian solar

6. Jambatan Gantung

7. Trek basikal kanak2

8. Set Alatan mainan kanak2 bersepadu dan alatan senaman

9. Restoran kedai kopi

10. Restoran Ani Shell rock

11. Taman Tema Air Wet World

12. Taman Anggerik Shah Alam (bakal dibuka tahun 2023)

Antara tarikan terbaharu di Tasik Shah Alam ialah Taman Jepun. Taman ini adalah sebuah Taman Persahabatan Jepun-Malaysia yang diilhamkan dari Taman Jepun di negara Jepun.


Noor Hazliza Hamid, Arkitek Landskap MBSA dan Pengurus Projek Taman Jepun


Sementara itu arkitek Landskap MBSA dan juga Pegawai Pengurus atau Projek manager Taman Jepun, Noor Hazliza Hamid memberitahu taman ini menjadi tarikan ramai pengunjung yang datang ke Shah Alam. 

Sejak dibuka setahun lalu (2021), taman ini turut menjadi tumpuan utama pelancong luar dan dalam negara selain menjadi tempat lokasi penggambaran syarikat televisyen dan agensi pelancongan serta lokasi filem dan drama tempatan.

Taman Tasik Shah Alam adalah tempat riadah rakyat Selangor yang ingin mencari kedamaian dan menikmati.aktiviti menarik selain menghabiskan masa bersama keluarga. 

Sesuai dengan tema Hari Kebangsaan Ke-65 tahun 2022 ini "Keluarga Malaysia Teguh Bersama" riadah bersama keluarga mengeratkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat Malaysia. 

Jom datang bersantai di sini. Beriadah dapat mengurangkan tekanan kerja dan masalah kehidupan. - KitaReporters


Taman Persahabatan Jepun-Malaysia. - Kredit foto: maisinggah.com

22
8
0
12
0

Copy Link: