Video| Hey what’s up guys! Resepi minuman buka puasa Khairulaming! Kembali hantui peminat! Dah cuba?
Published by.

Selain menantikan suara azan berkumandang... suara figura ini juga antara yang ditunggu.
“Hey what’s up guys…” pelontar tagline ini, Khairulaming kembali lagi pada bulan Ramadan dengan pelbagai resepi air yang menarik untuk dijadikan minuman berbuka puasa.
Dalam perkongsiannya terutama dalam ruangan TikTok bukan sahaja sajian berbuka atau sahur menjadi keterujaan, malahan resepi minuman paling dinantikan peminatnya.
Figura yang lebih mesra dengan panggilan KA ini begitu kreatif mengolah se3hinggakan perkongsiaan pelbagai jenis minuman itu nampak begitu menyiurkan. Sehinggakan dalam tidak sengaja tertelan juga air liur dibuatnya.
Boleh dikatakan setiap video minuman yang dimuat naik itu menjadi keterujuaan untuk dibuat atau dicuba. Pembuatannya mudah dan bahan-bahannya juga senang untuk diperoleh... yang penting tidak terlalu mahal.

Perkongsian resepi minuman KA yang ditunggu-tunggu peminatnya.
Tatkala menonton video minuman KA, terbaca juga komen-komen netizen yang menunjukkan mereka juga terkesima dengan cara penyediaan KA… mana tidaknya ada minuman yang ditambah secubit garam, tidak kurang juga yang menggunakan santan mendatah daripada kotak. Cukup kreatif!!!
Selain itu juga, kebanyakan minuman itu juga tidak ada dikongsi di tempat lain…malahan mana-mana restoran atau kedai makan pun jarang kita melihat ada yang menjualnya. Rasanya minuman KA ini boleh menjadi inspirasi.
Namun untuk minuman Ramadan kali ini, ada juga beberapa resepi air yang dimuat naik dijual di bazar Ramadan seperti teh ais, keladi, asam boi dan banyak lagi cuma KA suka buat penambah rasa menjadinya lebih nampak meriah.
@khairulaming 4 menu air berbuka: Vanila Sarsi, Teh Bunga Zapple, Vitagen Longan dan Kopi Santan Vietnam. Selamat berbukaaa 😁
♬ original sound - Khairulaming
Menurut KA, jika ada yang malas atau tidak berkesempatan mencuba minuman yang dikongsi itu, semuanya ada dijual di bazar Ramadan
“Bolehlah support abang-abang yang jual minuman di Bazar
Ramadan… sama saja,” katanya di salah satu video resepi minuman yang dimuat
naik beberapa hari lalu.
Rata-rata nitezen yang memberikan komen semestinya tidak sabar untuk merasai minuman ciptaan KA. Tidak kurang juga yang sudah mencubanya dan berkongsi kesedapan yang mereka nikmati.

Sempena Ramadan 2025 ini, KA telah melipatgandakan perkongsian juadah sahur dan berbuka termasuk minuman dalam akaun TikToknya. Dianggarkan lebih kurang 60 juadah berbanding tahun sebelum ini.
Semua juadah tersebut dibuat khas untuk peminat setianya, semua rakaman tersebut sudah dipersiapkan lebih awal lagi.
Sementara itu, KA juga dikatakan akan membuat siaran langsung setiap hari dari bazar Ramadan terpilih bagi berkongsi juadah menarik yang dijual peniaga tempatan.
KA bukan sahaja berkongsi resepi miliknya malahan turut mengajak peminat-peminat untuk ‘support’ peniaga yang berhempas-pulas mencari rezeki di bulan mulia ini. - KitaReporters
Bertungkus lumus KA menyiapkan video resepi sepanjang bulan puasa untuk peminat setianya.