Jom ngopi! Kopinya sedap tapi harga kayangan! Peminat kopi rai Hari Kopi Sedunia setiap 1 Oktober!
Published byKopi menduduki tempat kedua sebagai minuman kegemaran masyarakat dunia selepas air kosong atau plain water.
Kopi merupakan antara minuman kegemaran masyarakat dunia kerana keharuman aromanya dan kepahitan rasanya serta mengandungi kafein yang dapat merangsang serta menjadikan badan terasa segar.
Minuman itu menduduki tempat kedua sebagai minuman kegemaran masyarakat dunia selepas air kosong atau plain water.
Menurut pakar pemakanan antarabangsa, dianggarkan sebanyak 2.25 billion cawan kopi diminum orang di seluruh dunia setiap hari.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan minuman kopi
Pengemar-pengemar kopi sentiasa menunggu 1 Oktober setiap tahun sebagai menghargai Hari Kopi Sedunia.
Malaysia juga tidak terkecuali apabila kita melihat begitu banyak kafe, kopitiam dan kedai kopi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Tapi tahukah anda bahawa minuman kopi ada yang sudah bertukar menjadi simbol kemewahan?
Buktinya ketika ini ramai orang-orang berduit atau kaya gemar berkunjung ke kafe seperti Starbucks, San Francisco Coffee, Gloria Jeans Coffees dan lain-lain.
Malah sebahagian mereka pula pergi ke kafe tersebut semata-mata mahu memuat naik gambar secawan kopi di dalam media sosial.
Pengusaha-pengusaha kedai kopi atau kopitiam dan kafe terpaksa mengimport peralatan dan perkakasan termasuk pengisar kopi dari luar negara sebelum memulakan perniagaan minuman kopi. - Gambar hiasan
Pelbagai faktor
yang menjurus kepada kenaikan harga kopi iaitu seperti permintaan tinggi dan
penawaran yang rendah, pengimportan (kopi) membabitkan pertukaran mata wang asing, cukai import, sewaan premis yang mahal, upah pekerja (barista) dan peralatan pengisar yang mahal.
Di Malaysia
pengeluaran kopi mentah begitu rendah iaitu kurang 3% untuk keperluan domestik.
Negara terpaksa
mengimport sebanyak 97% biji kopi
mentah iaitu bersamaan dengan 97,500 - 100,000 tan metrik tan (mt) setiap tahun dari Indonesia
(48%) dan Vietnam (26%).
Jabatan
Pertanian Malaysia pada 2020 merekodkan sebanyak 75 peratus kopi jenis Robusta dan Liberica (15%) ditanam
di Sabah dan Johor.
Antara
produk kopi yang menjadi kegemaran penduduk Malaysia ialah kopi serbuk (70.7%),
kopi uncang (63.9%), minuman tersedia minum (55%) dan pracampuran 3 dalam 1
(50.2%).
Pertubuhan Kopi Antarabangsa telah memilih tanggal 1 Oktober sebagai Hari Kopi Sedunia. Ia pertama kali diraikan pada 1 Oktober 2015 di Milan, Itali.
Selamat Menyambut Hari Kopi Sedunia 2022. - KitaReporters
Sumber:
https://iluminasi.com/bm/10-kopi-paling-mahal-di-dunia.html
http://animhosnan.blogspot.com/2020/05/status-tentang-kopi-di-malaysia.html
https://www.thepatriots.asia/kisah-kopi-sebagai-minuman-para-sufi-kini-lambang-kekayaan/
https://www.sinarharian.com.my/article/90833/edisi/utara/keistimewaan-kopi-tradisional-pak-mat