Kemeriahan bazar ramadan di Terengganu


PIHAK berkuasa tempatan menasihatkan peniaga-peniaga di semua bazar Ramadan seluruh Negeri Terengganu terutama aktiviti menjual makanan dan minuman untuk memulakan operasi perniagaan masing-masing bermula jam 3 petang. 

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata bagi pengusaha, pemilik perniagaan makanan dan minuman bukan Islam tertakluk kepada kelulusan lesen Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).


  

Rosli Latif                   


Katanya, peraturan yang ada melarang pelanggan beragama islam makan dan minum di premis pada waktu siang hari sepanjang bulan Ramadan. 

“Mana-mana pengusaha, pemilik perniagaan makanan dan minuman yang gagal mematuhi pemberitahuan ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah UUK (Establisymen Makanan) MBKT 1991. 



 “Jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi ringgit Malaysia: dua ribu sahaja (RM2,000) atau penjara selama tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam hantaran dalam laman Facebook rasmi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada12 Mac 2024.



Menurut Rosli, arahan tersebut berkuat kuasa bermula pada Isnin, 12 Mac 2024 lalu. “Ketetapan tersebut dibuat bersempena menghormati kemuliaan bulan Ramadan Al-Mubarak,” ujarnya.

Pada Ramadan kali ini (2024), sebanyak 55 bazar akan beroperasi membabitkan 4,086 peniaga di negeri ini. - KitaReporters


 

10
5
1
8
0

Copy Link: