Peraturan larang tuba, bom, pukat ikan darat! Hanya pancing!
Published byPELANCONG yang berkunjung ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu diingatkan supaya tidak melakukan kegiatan menangkap ikan sesuka hati terutama menggunakan kaedah tangkapan yang merosakkan sumber seperti tuba dan bom ikan kerana kawasan tersebut digazetkan sebagai kawasan larangan tangkapan ikan. : KitaReporters
Dr Azman Ibrahim (empat dari kanan) bersama kakitangan Jabatan Perikanan Terengganu melepaskan benih ikan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 27 Oktober 2020.
Lagi cerita-cerita berkaitan perikanan:
https://kitareporters.com/search?search=perikanan
Ia juga bertujuan meningkatkan populasi perikanan di perairan Negeri Terengganu sama ada tasik atau sungai bagi memulihara kepelbagaian biodiversiti.
Sehubungan itu Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Terengganu 1988 (Pindaan 1993) sedang dalam proses untuk ditambah baik bagi kita menyusun semula punca kuasa untuk mengawal dan menguruskan sumber perikanan darat dengan lebih baik lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, penyusunan semula punca kuasa itu penting untuk mengawal dan menguruskan sumber perikanan darat.
"Akta yang sedia ada cuma sekadar melindungi perikanan
marin di laut sahaja. Jadi kita perlu buat enakmen supaya ada punca kuasa untuk
kita menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan perikanan darat.
"Kaedah tangkapan menggunakan peralatan yang dilarang seperti tuba, pukat, bom dan sebagainya boleh merosakkan sumber dilarang sama sekali. Hanya memancing dibenarkan bagi mengekalkan kelestarian dan kelangsungan untuk satu tempoh yang panjang," katanya.
Dr Azman melepaskan benih ikan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 27 Oktober 2020.
Kerajaan negeri sedang meminda Peraturan Perikanan Darat Terengganu 1988 (Pindaan 1993) supaya sumber dan biodiversiti dapat dipelihara dengan lebih bersepadu.
"Kaedah tangkapan menggunakan peralatan yang dilarang
seperti tuba, pukat, bom dan sebagainya boleh merosakkan sumber dilarang sama
sekali. Hanya memancing dibenarkan bagi mengekalkan kelestarian dan
kelangsungan untuk satu tempoh yang panjang.
"Kita ingin menjadikan Tasik Kenyir ini sebagai daya tarikan aktiviti rekreasi seperti memancing kerana ia tidak merosakkan sumber. Saya meletakkan sasaran dikuatkuasakan pada tahun 2021, insya-Allah," katanya lagi.
Majlis Pelepasan Sejuta Benih Ikan di Tasik Kenyir,Hulu Terengganu
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelepasan Sejuta Benih Ikan di Sungai Leban, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 27 Oktober 2020.
Pada majlis siri keempat itu, sebanyak 400,000 benih udang
galah, 20,000 ikan lampam, 35,000 ikan terbol dan 30,000 ikan baung dilepaskan
dengan anggaran nilai pasaran berjumlah RM120,000.
"Jumlah keseluruhan benih ikan yang dilepaskan di seluruh negeri Terengganu bagi Program Pelepasan Sejuta Benih Ikan Ke Tasik Kenyir adalah sebanyak 940,260 ekor benih. Dengan anggaran nilai pasaran kira-kira RM270,000," kata Dr Azman.
Tambahnya, kawasan tersebut juga telah digazetkan sebagai kawasan larangan tangkapan ikan.
Tasik Kenyir,Hulu Terengganu bakal menjadi lubuk ikan darat di negeri Terengganu
"Di samping kerajaan berusaha menggiatkan program pelepasan benih ikan, udang ke perairan untuk meningkatkan populasi dan biodiversiti, masyarakat turut berperanan menjaga sumber ini.
"Purata dalam 60 peratus anak benih yang dilepaskan boleh
membesar menjadi dewasa. Tujuan kita nak meningkatkan populasi perikanan di
perairan negeri Terengganu sama ada tasik atau sungai," katanya.
Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menerima peruntukan pembangunan persekutuan dan Negeri bagi tujuan pelepasan. Jumlah peruntukan yang diterima serta sokongan bekalan benih dari Pusat Pengembangan Akuakultur Perikanan (PPA) Perlok Pahang, PPA Bukit Tinggi, Pahang, PPA Tapah, Perak dan Pusat Penetasan Udang Galah (PPUG) Kampung Acheh Perak dapat mencapai sasaran pelepasan benih ikan sebanyak 300,000 ekor setahun.
Pelepasan pelbagai jenis benih ikan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu menjadikan lokasi tersebut sebagai pusat aktiviti memancing terkawal
Pada 2015 hingga 2019, sebanyak 1.8 juta benih ikan dari pelbagai spesis telah dilepaskan di perairan sungai dan tasik seluruh Negeri dengan anggaran nilai sebanyak RM0.57 juta. Antara spesis yang dilepaskan adalah ikan Kelah, Baung, Lampam Sungai dan Udang Galah.
Katanaya, menerusi program itu seramai 215 nelayan darat berdaftar di Negeri Terengganu mendaratkan purata antara RM2 juta hingga RM 3juta hasil tangkapan setahun. - KitaReporters