Warga Inasis MAS/TNB UUM bergambar di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah

Lebih 1,600 bungkusan bubur lambuk Sintok, Universiti Utara Malaysia (UUM) diagihkan kepada petugas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 11 April 2023.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed bersama Pengetua Inapan Siswa MAS/TNB dan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) mengedarkan bubur lambuk kepada petugas di sana.


Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed (empat dari kiri) menyerahkan bubur lambuk UUM kepada staf di ICQS.

Dr Ahmad Martadha  ketika ditemui berkata, pengedaran bubur lambuk pada tahun ini (2023) diteruskan selepas dua tahun terhenti akibat COVID-19.

“Dalam pertemuan tadi, petugas Imigresen dan mereka yang melalui pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam menerima bubur lambuk itu, ” katanya ketika ditemui.


Warga Inasis MAS/TNB UUM yang menyiapkan bubur lambuk untuk tahun 2023 ini.


Dalam pada itu Pengetua MAS/TNB Prof Madya Dr Rohani Abdullah pula berkata, pengedaran bubur lambuk ini telah menjadi kebiasaan inasis ini dan mereka akan mengedarkannya kepada penduduk sekitar kampus dan petugas sempadan.

“Adunan resipi bubur lambuk dari Pusat Islam UUM sejak 23 tahun lalu ini disediakan oleh staf dan pelajar inasis ini,” ujarnya lagi.


TNC HEPA UUM bersama pelajar bergambar kenangan di ICQS selepas penyerahan bubur lambuk.

Manakala Timbalan Presiden JKPS TNB, Nurul Aqilah Mat Akhir yang ditemui berkata, kemeriahan gotong-royong menyiapkan bubur lambuk dengan sokongan staf dan pelajar ini memberi pengalaman dan keseronokan Ramadan mereka pada tahun ini.

“Semoga tradisi ini akan dapat diteruskan dan menjalinkan hubungan dengan masyarakat sekeliling nanti,” sambungnya.

Proses menyediakan bubur lambuk ini dibuat seawal jam 8 pagi dan diedarkan sehingga lewat petang tadi termasuk di sekitar pekan Changlun. - KitaReporters


Dr Ahmad Martadha menghulurkan bubur lambuk kepada pemandu kenderaan di sempadan Bukit Kayu Hitam.

18
8
0
9
0

Copy Link: