ADA sahaja hidangan unik yang diciptakan oleh masyarakat kita sehingga menjadi ikutan ramai dek kerana keunikannya. 

Sebelum ini ramai antara kita mengetahui straw The Coffee Bean & The Leaf boleh dimakan sehingga tular dalam semua media sosial. Ramailah beratur nak cuba!

Kali ini tular pula seorang pemuda dalam TikTok mengambil straw dari Coffee Bean dengan banyak untuk dijadikan pasta dan kuah carbonara menggunakan aiskrim vanilla dari McDonald's.

Lain macam sangat idea pemuda ini!!


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hal-hal yang unik



Perkongsian video lelaki ini meraih banyak komen daripada netizen di luar sana yang merasakan sangat pelik dan pada masa sama, sesuatu yang unik sekali

Namun apa yang menjadi perbualan mereka, apa agaknya rasa pasta carbonara tersebut dan pasti Coffee Beans akan mengenakan caj tambahan kepada sesiapa yang mengambil straw lebih selepas kejadian seperti ini berlaku.



Bukan itu sahaja, video ini telah dikongsikan oleh Khairulaming dalam Twitternya. Katanya pasta diperbuat daripada straw ini membuatkan dia berasa sangat stres dan kemurungan. 



Apa pendapat anda semua? Selera ke nak makan spageti carbonara daripada straw dan kuahnya daripada aiskrim. - KitaReporters

7
11
0
13
0

Copy Link: