Video| Suman Dhamane, 70, jadi YouTuber terkenal masakan di India! Dapat 8 juta tontonan sebulan

Published by
KitaReporters

SEORANG warga emas berusia 70 tahun di India meraih perhatian ramai menerusi video masakannya dalam laman YouTube. Suman Dhamane, merupakan penerima terbaharu anugerah YouTube bagi tahun 2020 selepas popular kerana menghasilkan resepi masakan India yang enak menerusi saluran ‘Aapli Aajia’. : KitaReporters


Kredit foto: thebetterindia.com


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Youtuber:

https://kitareporters.com/search?search=youtuber


Nenek ini mempunyai lebih 580,000 pengikut (subscribers) dengan lebih lapan juta tontonan setiap bulan. Pencapaian ini hanya dalam tempoh setahun kandungan YouTubenya dihasilkan.

Nenek ini perlu mengucapkan terima kasih kepada cucunya bernama Yash yang berusia 17 tahun yang memaparkan kepakaran memasak dalam saluran YouTubenya itu.


Suman Dhamane tidak menyangka menjadi salah seorang Youtuber masakan yang popular. - Kredit foto: femina.in



Populariti Suman bermula setelah cucu lelakinya Yash itu memaparkan kepakaran neneknya memasak menerusi laman media sosial tersebut.

Yash mempunyai kepakaran dalam membuat rakaman dan suntingan video serta memuat naiknya di YouTube. Dia membuat rakaman neneknya memasak dan memuat naik dua video setiap minggu.

Video Suman menggunakan bahasa Marathi iaitu salah satu bahasa yang paling banyak diguna di India. Selain itu channel YouTube Suman diikuti ramai kerana ia memaparkan masakan yang ringkas dan mudah diikuti.

Suman berkata dia akan terus memuatkan resepi tradisi masyarakat India selagi dia sihat dan mendakwa mempunyai ratusan resepi yang belum didedahkannya.

Dia sendiri tidak menyangka mampu popular, di samping  berjaya mengutip wang menerusi kandungan dalam YouTube. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: