[VIDEO] NUR GARDENIA! MERUNTUN JIWA, SELERA
Published byKreatif! Ya, rakyat Malaysia memang kreatif!! Pernahkah kita terfikir untuk mengubah lagu yang asalnya berkonsepkan nasyid dan bertemakan roti sahaja, bait-bait lirik lagunya disusun rapi menjadi sebuah lagu yang menarik?? : KitaReporters
Mungkin kita merasakan ianya sesuatu yang biasa kerana bermacam-macam lagi jenis lagu dan lirik boleh diubah ke bentuk rancak (remix) dan sebagainya.
Seperti video ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tular baru-baru ini, dirancakkan serta dirapkan sehingga mendapat perhatian daripadanya dan perasan bahawa aktiviti menyebarluaskan videonya itu giat dijalankan.
Video diambil dari cicipan Keshvin Sidhu @keshvinsindhu
Kekreatifan rakyat Malaysia yang mengubah lagu roti Gardenia harus dipuji kerana musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung ini menyedarkan kita bahawa makanan sekecil roti pun jika mendesak ianya pasti menjadi makanan yang paling berharga dan dicari-cari.
Terdapat bermacam-macam jenis makanan yang boleh dijadikan sebagai kudap-kudapan namun masyarakat akan berfikir bahawa roti sahaja yang mudah dimakan tetapi masih mengekalkan diet badan yang tetap ideal.
Melucukan!
Pelbagai makanan sampingan boleh dijadikan pilihan seperti snek atau kekacang, namun roti Gardenia merupakan produk pilihan utama yang dicari oleh ramai netizen saban waktu sehingga habis terjual di kedai dan pasar raya.
Lagu 'Nur Gardenia' yang menjadi tular baru-baru ini cukup memberikan signal bahawa rakyat Malaysia dalam keadaan bosan setelah lebih 23 ahri berkurung, namun masih lagi terkawal.
Kreativiti untuk mengubah lagu ke arah yang baik dan menghiburkan adalah sesuatu yang positif tetapi janganlah pula kita mengambil peluang mencuba sesuatu baharu yang salah di sisi undang-undang seperti menyeludup dadah atau mengubahnya.
Hayati lirik lagu roti Gardenia yang diubah menjadi lagu yang menarik :
Belikanlah ku roti gardenia,
Kini susah jumpa,
Dah cari merata,
Dulu Banyak, dan memang berlambak,
Tapi kini tidak, Sold Out Matilahnak
Chorus:
Macam mana ku nak
Cicah dengan kari?
Kalau nanti dah tak ada roti?
Bukan mudahku nak meneruskan semua,
Moga nanti
Gardenia Kembali...
Ya Allah kurniakanlah,
Kami Gardenia, Kaya pon boleh
Sebagai penjamu selera.
Lagu diambil dari cicipan Zhafri @Zhaf99_
Lagu asal yang pernah didendangkan oleh kumpulan nasyid In-Team menerusi judul lagunya 'Nur Kasih' sangat kena dengan intonansi gubahan lagu yang disifatkan ramai orang sedang merintih duka kerana kehabisan roti.
Kehabisan stok roti Gardenia di kedai-kedai dan pasar raya amat menggusarkan netizen kerana makanan harian itu merupakan makanan yang mudah dimakan, di samping mengenyangkan perut.
Jika orang Timur menerima roti dan gandum sebagai makanan rujinya, begitulah juga di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan bangsa yang menjadikan roti sebagai makanan harian yang wajib.
Antara makanan yang popular dan tular yang sering menjadi kegilaan peminatnya untuk dimasak bertemakan roti dan gandum seperti corndog, roti goreng bercheese, ais krim goreng, roti goreng, puding roti dan sebagainya.
Kredit foto cicipan #corndog
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar roti terbesar, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memaklumkan tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran.
Katanya, pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia sehingga ke hari ini telah sampai ke tahap yang paling maksimum.
Ianya bukan sahaja membabitkan roti yang berjenama Gardenia sahaja malah produk lain yang berasaskan roti akan cepat dan mudah menjadi sasaran kepada pencari tegarnya.
"Terima kasih kerana meluangkan masa menulis kepada kami mengenai situasi kehabisan stok produk Gardenia di kedai-kedai.
“Kami ingin memaklumkan bahawa buat masa ini pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksimum.
"Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk-produk kami di pasaran.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kefahaman tuan/puan dan segala kesukaran yang timbul amatlah dikesali,” katanya.
Gardenia bagaimanapun akan terus beroperasi semasa tempoh PKP dilaksanakan tanpa gagal.
Kredit foto: Berita Harian
Kesempatan disebabkan kesulitan yang terjadi telah membuatkan segelintir netizen membuat lelongan roti dalam platform media seperti Twitter dengan harga yang tidak masuk akal.
Rm699!? Gila!! Untuk sebungkus roti gardenia sahaja.
Jika ada netizen yang tidak berfikir panjang pastinya harga semahal itu sanggup dibelinya asalkan dapat memenuhi permintaan diri atau keluarga yang lain.
Tidak mustahil!! Kadang-kadang netizen sering mengikutkan hati yang mati!!
Namun cicipan yang dimuat naik itu telah dipadam oleh penghantarnya dalam Twitternya di atas faktor kecaman yang diterima bertubi-tubi.
Ada juga berita yang memeranjatkan di mana ada sesetengah orang membuang roti sewenang-wenangnya tatkala ramai yang memerlukan waktu ini.
Sikap pembaziran itu menunjukkan masyarakat kurang berterima kasih dengan nikmat pemberian yang diberi walapun hanya berupa roti.
Sungguhpun roti itu hampir tamat tempoh, dengan bakat kreativiti dimiliki netizen di Malaysia pastinya bermacam inovasi unik pembuatan makanan yang luar biasa dan segar dapat dihasilkan.
Pembaziran sudah tentunya dapat diminimumkan dengan bijaksana, pasti!
Diambil dari cicipan Nurul Husna Jaafar @nurulhusna1188
Apakah kita beringat kali ini untuk tidak melakukan pembaziran raksasa sehingga menjadi punca rezeki tidak diberi berulang kali dan berlipat ganda oleh Allah??
Tempoh berkurung yang diwartakan kerajaan bukanlah untuk duduk bersahaja, malah acap kalilah kita memotivasikan diri dengan menjadikan kesalahan masa lalu sebagai iktibar yang bagus.
Apalah rasanya jika di Malaysia ini ketandusan bahan makanan?? Sedangkan kehabisan stok roti pun menjadi panik dan kebimbangan yang diheboh-hebohkan.
Semoga kita akan lebih berdisplin dan beringat untuk lebih bersyukur.
Perdengarkan sebuah pantun yang dipetik dari cicipan Teme Fara @Fasvil (https://twitter.com/fasvii/status/1247719205975326721) :
"Hiduplah seperti roti Gardenia,
"Walaupun popular ramai cari tetap harga sama,
"Jangan jadi seperti facemask baru seminggu dua dah naik nama,
"Harga mendongak langit akhirnya dibuang jua." - KitaReporters