Video| Jom gi Terengganu? Setiu Wetlands gamit pengunjung! 10 ekosistem menarik untuk dikunjungi!
Published byPintu masuk ke Taman Negeri Setiu Wetlands. - Kredit foto: kakitravel.net
PELUANG melancong ke Terengganu sebenarnya memberi banyak pilihan kepada pelancong kerana pelbagai tempat menarik sama ada di pulau, pesisiran pantai, tasik, air terjun selain membeli belah di pasar terpilih.
Mungkin ramai yang pernah berkunjung ke Terengganu sudah menjejak kaki ke Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas, Tasik Kenyir, Gunung Tebu, Air Terjun Sekayu, Air Terjun Lata Belatan, Bukit Keluang dan Pasar Payang.
Namun, tidak ramai yang mengetahui atau memilih untuk berkunjung ke Setiu Wetlands kerana ia jarang diketengahkan pihak tertentu menyebabkan pelancong terutama dari luar negeri ini kurang mengetahui status pusat pelancongan alam semula jadi tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alam semula jadi
Jambatan kayu laluan ke Setiu Wetlands
Aktiviiti mencari lokan
Sebenarnya Setiu Wetlands atau Tanah Lembab Setiu satu lagi tempat pelancongan menarik yang mampu memberi kepuasan kepada setiap pengunjung kerana ia berlainan dengan destinasi pelancongan lain yang sudah tersohor negeri ini.
Setiu Wetlands adalah tanah bencah (berpaya dan berlumpur) dengan keluasan 23,000 hektar dan menjadi satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 10 ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, pulau, rimba, pesisiran air dan rimba paya bakau.
Lokan banyak terdapat di Setiu Wetlands
Manakala kawasan persekitarannya adalah habitat semula jadi pembiakan tutung di samping menjadi antara lokasi pendaratan sepsis penyu hijau.
Selain itu, Setiu Wetlands menjadi destinasi ekopelancongan dengan aktiviti seperti observasi alam semula jadi, mengumpul madu dan memancing yang juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat.
Sungai paya bakau
Tanah Lembab Setiu ini bukan sahaja unik malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna digabungkan dengan laut, air yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit sepanjang pantai.
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) menyenaraikan enam aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh pengunjung ketika berada di lokasi Setiu Wetland yang berada di daerah Setiu,Terengganu.
Antara aktiviti tersebut ialah Menyusuri Sungai Setiu, Misi Mencari Kepah, Treasure Lokan, Dekati Alam Menerusi Setiu Boardwalk, Melawat Sangkar Ikan dan Pelajari Gaya HIdup Tradisional di Rumah Tok.
Gerai menjual kraf tangan yang diusahakan penduduk tempatan.
Pelancong mempelajari cara membuat kraf tangan daripada lidi kelapa.
Pengunjung ke Setiu Wetlands juga akan terpegun melihat aktiviti membuat kraf tangan dan ternakan ikan sangkar yang diusahakan oleh penduduk setempat.
Perjalanan yang mengambil masa kira-kira satu jam dari Bandar Raya Kuala Terengganu menuju ke Daerah Setiu melalui laluan pantai tidak menjemukan pelancong apabila dapat melihat suasana kehidupan penduduk dengan rumah tradisional negeri itu sebelum singgah di lokasi Setiu Wetands. - KitaReporters
Pengusaha ternakan ikan dalam sangkar air payau