Mak-mak mesti suka punya! Elak tangan pijar pegang cili! Dr Chaku kongsi 5 petua secara sains!
Published byCILI atau lada adalah sejenis sayuran berbuah pedas yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia, bab kata orang ' tak Malaysialah kalau tak makan cili atau pedas'!
Sering digunakan sebagai bahan masakan, rasa cili yang pedas cukup membangkitkan selera dan paling popular tentunya untuk membuat sambal belacan atau sambal nasi lemak.
Dua jenis cili digunakan untuk membuatnya iaitu cili padi atau api dan cili kering. Bagaimanapun kedua-duanya tetap punyai rasa pedas bergantung jumlah kuantitinya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan petua
Cili sering digunakan dalam masakan Malaysia sebagai pengikat selera.
Ada orang alah ketika menyediakan cili untuk masakan
dan terpaksa memakai sarung tangan. Sekiranya cili yang sudah dipotong atau
dikisar terkena kulit, ia akan menyebabkan rasa pijar atau panas.
Menurut seorang doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam laman Twitter, perkara tersebut berlaku kerana cili mengandungi capsaicin.
Katanya, sebatian itu akan merangsang reseptor deria sakit lalu menyebabkan rasa pijar kalau terkena kulit dan rasa pedas andai terkena lidah.
“Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Walaupun tak larut air, capsaicin ini larut dalam minyak atau lemak,” tulisnya.
Dr Kamarul tidak lokek berkongsi petua sains untuk elakkan rasa pijar apa apabila terkena cili.
Justeru, Dr Kamarul berkongsi petua sains untuk
menghilangkan rasa pijar dan pedas ini.
1. SUSU: Susu berlemak dan mengandungi sejenis
protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan
reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.
2. MINYAK: Jika nak cuci tangan guna susu, rasa
macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan
capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.
3. CUKA: Capsaicin
bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau
melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos
tomato.
4. ALKOHOL: Capsaicin juga boleh dilarutkan dengan
alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci
tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.
5. LOSYEN: Gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.
Antara petua sering diamalkan orang dulu-dulu bagi hilangkan rasa pijar cili.
Menurut Dr Kamarul lagi, selain mencuci menggunakan bahan-bahan seperti di atas, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran.
Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.
Semoga perkongsian daripada Dr Kamarul bermanfaat untuk semua terutamanya golongan emak-emak yang selalu memasak untuk keluarga. - KitaReporters
DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN. - Kredit foto: FB Kamarul Ariffin Nor Sadan