Ular bawa rezeki? Kini roti canai ular tular dalam medsos!
Published bySIAPA sangka kedatangan ular ketika sedang ralik menebar roti canai di rumahnya beberapa tahun lalu membawa rezeki kepada anak jati Kelantan ini. Apa tidaknya dengan kehadiran 'tetamu' tidak diundang itu memberi idea kepadanya untuk mereka sejenis roti canai jenis baharu kepada pelanggan. : Kitareporters
CHE HARUN ALI sedang menebar roti berbentuk ular yang menjadi tular untuk pelanggan di kedai yang terletak di Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan. - Kredit foto: Bernama
Itu yang berlaku kepada penebar roti canai di kampung Kubur Kuda, Kota Bharu di Kelantan yang kini menjadi viral berikutan penjualan roti canai berbentuk ular yang mendapat sambutan hangat.
Hebat ore kita nih !!!
Pengusaha roti canai ular itu, Che Harun Ali, memberitahu
dia kini tidak menang tangan dengan permintaan roti canai sangat luar biasa.
Alamak jauh pulak nak rasa roti ular nihhh!!!
Kata lelaki berusia 46 tahun itu, pada awalnya penjualan roti ular
itu hanya untuk makan sendiri, namun apabila pelanggan melihat dan dia mahu
mencuba sebelum mendapat sambutan luar biasa.
Permintaan berkenaan membuka pintu rezeki berganda
kepadanya sehingga tidak menang tangan.
ROTI ular yang disaluti susu menjadi pilihan pelanggan.
Kini terdapat pelbagai jenis roti ular antaranya roti ular Milo, Nestum, keju dan susu yang dijual pada harga RM1.20 hingga RM3 bergantung pada perisa dan saiz.
Hidanagn tersebut boleh di'gu' dengan susu ataupun dimakan biasa bersama kuah dal.
Ohhh...sedapnya!!!
Kongsinya lagi, cara pembuatan roti canai ular pelbagai perisa adalah sama dengan roti canai yang biasa dijual, namun dibentuk seperti ular dan digulung bersama perisa yang menjadi pilihan.
Tapi jangan risau… Roti canai original yang berbentuk bulat tetap dijual seperti biasa.
Siapa sangka kedatangan ular itu rupanya membawa rezeki… Rupanya kunjungan tetamu tidak diundang itu bukan saja-saja tapi membawa rezeki.
Semoga perniagaan Che Harun terus berkembang maju
nanti boleh buka cawangan baru di kawasan lain.
Barulah kami dapat merasa jugak, ya tak? - KitaReporter