Rakyat jadi ejen pelancongan! Bersama uar-uarkan, hebatkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026! - PM
Published byRakyat jelata diajak menjadi 'ejen pelancongan' dengan menguar-uarkan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 (TMM 2026) kepada penduduk dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwah Ibrahim berkata, industri pelancongan adalah sektor penting ekonomi negara yang berupaya mewujudkan rantaian ekonomi, terutamanya kepada peniaga dan penjaja kecil, sekali gus rakyat umum.
"Memulakan minggu ini dengan meluncurkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di Sepang, Selangor, satu lagi agenda penting negara untuk kembali memposisikan Malaysia sebagai destinasi pilihan global.
"Mengambil kira kekayaan dan kepelbagaian budaya sebagai kekuatan kempen dan tarikan pelancong, saya yakin sasaran untuk menarik 35.6 juta pelancong pada tahun 2026 akan berjaya dicapai," jelasnya.
Menurutnya, kebersamaan semua pihak dituntut, baik sektor kerajaan, kerajaan negeri dan industri swasta.
Rakyat pelbagai lapisan masyarakat juga wajar bersama dalam menjadi ‘ejen pelancongan’ untuk menguar-uarkan kempen ini dengan lebih hebat lagi.
"Saya juga sentuh tentang kepentingan sektor pelancongan untuk memberi penekanan kepada aspek kemampanan seperti yang digariskan di bawah teras Madani, iaitu keseimbangan dan berasaskan citra Malaysia yang unik," tegas Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media