Jom pekena! Nasi Lemak Lobster Berempah, Rendang Short Rib! Sajian Barat di Kay's Steak & Lobster!
Published byUDANG kara (lobster) diimport Kay's Lobster & Steak hidup-hidup dari Amerika Syarikat dan Kanada.
ANDA mahu mencari kelainan dalam menikmati juadah berbuka puasa Ramadan yang bakal tiba Mac 2025 ini?
Setibanya bulan Al-Mubarak itu, apa kata cuba beralih kepada
cita rasa Barat yang turut diadun ramuan tempatan di Kay’s Steak & Lobster.
Empat outletnya sekitar Lembah Klang menyajikan
hidangan tambahan istimewa, Nasi Lemak Lobster (Udang Kara) Berempah dan Nasi
Lemak Rendang Short Rib Berempah khas selain menu sedia ada signaturnya.
Para pengunjung boleh menikmati sajian khas berbuka
puasa Kay’s Lobster & Steak ini di Putra
Heights, Putrajaya dan Ampang serta yang terbaharu Elmina Temu, Shah Alam yang dirasmikan
pembukaannya pada 4 Februari 2025 lalu.
Kay’s Steak & Lobster merupakan restoran ‘semi-fine dining’ (santapan separa mewah) yang cukup popular dengan menu signatur, stik dan udang kara premium serta beef Wellington, sudah beroperasi sejak sedekad lalu di Lembah Klang.
NASI Lemak Lobster Berempah hidangan terbaharu Kay's Steak & Lobster untuk berbuka puasa Ramadan mulai Mac 2025 ini.
“Outlet terbaharu kami di Elmina Temu, Shah Alam merupakan, yang keempat sekali gus pelengkap sasaran lokasi di bahagian utara Lembah Klang selepas Putra Heights dan Putrajaya di baratnya serta Ampang di tengahnya.
"Outlet Elmina ini mampu memuatkan 50 pelanggan dalam satu masa sudah pun beroperasi sejak Julai 2024 lalu. Melihat sambutan baik para pelanggan, pemilihan lokasi ini ternyata sangat bertepatan,” kata Pengarah Urusan Kays Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd. Khalid.
Perasmian restoran yang menjanjikan layanan khidmat enam bintang oleh kakitangannya turut menyaksikan kehadiran lebih 100 jemputan seperti wakil media, pempengaruh dan rakan niaga selain artis, Sharifah Shahirah atau Shiera.
MUHAMMAD Aizuddin Mohd. Khalid (kanan) dan Sharifah Shahirah atau Shiera melakukan gimik perasmian cawangan terbaharu Kay's Steak & Lobster di Elmina Temu, Shah Alam pada 4 Februari 2025 lalu.
Kay’s Steak & Lobster menyajikan udang kara yang diterbangkan hidup-hidup dari Maine dan Boston (Amerika Syarikat) serta Kanada selain stik dan aneka pasta, beef Wellington yang telah mendapat sijil halal Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
"Daging stik ini juga diimport dari ladang terbaik
di Australia iaitu jenis premium daripada pembekal Stanbroke yang berkualiti tinggi
serta sangat berjus selain tidak dibekukan malah paling penting, dijamin
halal," ujar Aizuddin.
Mengenai lokasi cawangan Elmina ini katanya, cukup strategik apatah lagi dengan permintaan pelanggan dan penggemar hidangan bercita rasa Barat khususnya yang sentiasa mencari pilihan terbaik di pinggir Lembah Klang di samping menikmati kemudahan parkir yang banyak.
NASI Lemak Rendang Short Rib Berempah satu lagi hidangan istimewa dan terkini Kay's Steak & Lobster untuk berbuka puasa Ramadan mulai Mac 2025 ini.
Hebahan mulut ke mulut majoriti pelanggan yang pernah merasai kelazatan hidangan istimewa Kay’s Lobster & Steak juga antara faktor penggalak orang ramai khususnya warga sekitarnya menyarankan cawangan ini dibuka.
"Kami tiada formula khas untuk kekal bertahan sebaliknya terus disokong ramai pelanggan setia dan pelanggan baharu yang kembali menikmati makanan kami sama ada bersama keluarga mahupun rakan," jelas Aizuddin.
Harga hidangan premium stik di Kay’s Steak & Lobster katanya, masih dianggap mampu milik dengan bermula daripada RM130 untuk stik rib eye manakala bagi lobster, antara RM300 yang beratnya sekitar 800 gram.
Ketika membuka cawangan pertama di Putra Heights, 10 tahun lalu, modalnya hanya sekitar RM200,000 tetapi kini sebuah cawangan baharu memerlukan hampir RM1 juta, kata Aizuddin namun bagi 2024, nilai jualan restorannya berjaya mencecah RM14 juta daripada kesemua outlet.
LOBSTER premium dengan kentang goreng, salad dan sos cecahan.
Kay’s Steak & Lobster juga merupakan lokasi makan
seisi keluarga malah sering kali menjadi lokasi untuk sesetengah pelanggan meraikan
detik-detik gembira hidup mereka seperti hari ulang tahun kelahiran atau ulang
tahun perkahwinan.
"Dekorasi dalam setiap premis turut menjadi keutamaan kami bahkan cawangan Elmina dilengkapi ruang privasi buat mereka yang ingin menikmati hidangan dalam suasana persendirian," tambahnya.
Kay’s Steak & Lobster turut dalam perancangan untuk membuka satu lagi cawangan di Kelab Golf dan Desa Kuala Lumpur (KLGCC), Bukit Kiara pada Ogos 2025 ini, namun dengan menampilkan konsep yang agak berbeza.
“Seterusnya mungkin Kay’s Steak & Lobster memasuki pasaran Johor Bahru dan Pulau Pinang pada suku pertama 2026,” katanya lagi. - KitaReporters
STIK di Kay's Lobster & Steak yang dagingnya diimport khas dari Australia.
HIDANGAN beef Wellington yang tidak kurang lazatnya untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan.