MENIKMATI hidangan ketika melakukan perjalanan jauh di awan biru kadangkala sangat mengujakan, hidangan yang ditawarkan bukan sahaja  sedap tetapi dekorasi yang menarik membuatkan selera bertambah-tambah.

Namun bayangkan hidangan yang sedap tersebut tiba-tiba dicemari dengan penemuan pelik dalam hidangan berkenaan. Pasti mencetuskan loya dengan tiba-tiba, jika penemuan berkenaan sesuatu yang pelik.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pesawat



Kisah sama berlaku kepada sekumpulan kru syarikat penerbangan tambang murah Turki, SunExpress, terkejut selepas menemukan kepala ular yang terpotong dalam juadahnya.

Nasib baik hidangan tersebut bukanlah hidangan kepada penumpang! Jika tidak pasti bergegar pesawat tersebut!

Kejadian itu berlaku pada 21 Julai 2022 lalu berlaku semasa kumpulan pramugari itu bertugas untuk penerbangan dari Ankara ke Dusseldorf, Jerman

Menurut seorang kakitangan kabin, mereka terkedu ketika menemukan kepala ular bersaiz kecil yang tersembunyi di celah-celah hidangan kentang dan sayur-sayuran ketika mereka sedang menikmati juadah tengah hari bersama kru  lain



Memetik laporan The Independent, susulan daripada kejadian yang tidak diduga itu SunExpress yang berpangkalan di Antalya itu membuat penjelasan menerusi  kenyataan sambil menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh diterima sama sekali.

“Dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri penerbangan, adalah menjadi keutamaan kami bahawa perkhidmatan yang kami sediakan kepada tetamu kami di pesawat kami adalah berkualiti tinggi dan kedua-dua tetamu dan pekerja kami mempunyai pengalaman penerbangan yang selesa dan selamat.” terangnya.

Dakwaan mengenai keadaan makanan seperti dilaporkan media adalah tidak boleh diterima, justeru, akan melakukan siasatan terperinci segera.



Walau bagaimanapun, Sancak Inflight Services yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk syarikat penerbangan juga bertindak sama dengan menafikan insiden itu berlaku di dapur kendaliannya.

“Kami tidak menggunakan apa-apa objek asing yang tidak sepatutnya berada dalam makanan semasa memasak (kerana keadaan teknikal dan haba yang digunakan dalam kemudahan katering dalam penerbangan).”

Sancak Inflight Services turut  mendakwa kemungkinan kepala ular itu telah dimasukkan ke dalam makanan selepas itu, bukan sebelum atau semasa makanan itu dimasak.



Kejadian berkenaan bukan pertama kali berlaku melibatkan bendasing dijumpai dalam makanan syarikat penerbangan itu.

Malah sebelum ini, kru penerbangan pernah menemui kumbang dan siput babi dalam makanan yang dihidangkan kepada penumpang pesawat berkenaan.

Atas dasar menjaga kredibili syarikat penerbangan SunExpress telah menggantung usahasama dengan syarikat katering tersebut. - KitaReporters


 

10
10
0
11
0

Copy Link: