Siapa lagi? Siapa lagi nak buat? Selepas Chatime, durian, kini Burger King tawar set Menu Rahmah RM5!
Published byORANG ramai kini boleh menikmati Burger King Malaysia dengan serendah RM5 menerusi Menu Rahmah yang mengandungi burger dan sebotol air mineral untuk setiap set yang ditawarkan.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, tawaran tersebut dapat dinikmati oleh rakyat yang kurang berkemampuan di seluruh cawangan Burger King seluruh negara.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Menu Rahmah
"Menu Rahmah kini boleh didapati di Burger King di 140 cawangan seluruh negara,” katanya.
Rata-rata pengguna media sosial amat teruja dengan tawaran Menu Rahmah yang disediakan itu yang menarik minat mereka untuk mengunjungi restoran makanan segera popular itu bagi mendapatkan set istimewa tersebut.
“Mahu makan tengah hari di Burger King esok,” ujar @mnuraimn.
“Boleh jimat duit makan selepas ini,” jelas @malaysiadude.
“Menu Rahmah semakin menarik apabila ada ditawarkan di restoran makanan segera,” jelas @teknosual. - KitaReporters