BALIK kampung tanam jagung... Ada kisah jagung sebagai penyelamat ketika kelaparan. Makan jagung rebus digaul dengan kelapa muda, gula bagi mengisi perut. Kini bertih jagung menjadi pilihan untuk dijadikan snek (jajan) ketika menonton wayang bersama orang tersayang. KitaReporters.com 


Masa berlalu bertih jagung kini menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan ole-ole untuk balasan pemberian wang kepada pasangan pengantin di majlis kenduri raja sehari. 

Selain telor, bungkusan bertih jagung lebih ringkas dan tahan lama. Selain bertih jagung perisa biasa, ada juga digaul dengan manisan madu dan coklat.

Jom beli bertih jagung untuk salurkan dana kebajikan.


Sehubungan itu, Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah (PKUF) mendapat idea untuk membungkus bertih untuk dijadikan ole-ole kenduri kendara dan mengedarnya di kedai runcit bagi menjana  kewangan.

Hasil jualan jajan itu kemudian disalurkan kepada dana khas bagi menaja gadis-gadis membeli kelengkapan untuk meneruskan pengajian

Mereka memerlukan buku, alat tulis, makan minum, tudung dan jubah untuk menghadiri majlis marhaban dan mengikuti kelas pengajian di luar sekolah.

Pengerusinya, Murniati Usman atau Umi Ati berkata, usaha menjana pendapatan dengan menjual bertih jagung sebagai satu cara mengumpul sumbangan daripada orang ramai. 

Sebelum ini, Pkuf menjual baju terpakai yang disedekahkan oleh penderma di pasar pagi dan dari rumah kongsi pekerja asing.

Kutipan wang untuk dana pengajian membabitkan seramai 20 remaja terbiar dari kawasan perumahan pendatang asing di Rawang dalam usaha membimbing dan memberi peluang kepada mereka mendapat pendidikan pengajian Islam dan akademik. 

Mata pelajaran yang diajar itu di kelas itu termasuk Bahasa Melayu, English, Matematik dan Pengetahuan Am selain al-Quran, Hafazan, Fardu Ain dan sirah nabi.

Lepas belajar remaja menikmati makanan ringan.


Sebelum ini, Pkuf telah menyewa sebuah kedai berharga RM1,000 sebulan untuk membuka peluang kepada wanita terutama ibu tunggal berniaga dengan hanya membayar sedikit daripada keuntungan jualan harian.

"Kita menyediakan tapak percuma kepada mana-mana wanita yang mahu berniaga. Mereka diberi menu berasingan. 

"Tiada sewa tetapi hasil kutipan jualan harian itu, contohnya semangkuk mi yang dijual berharga RM5 itu, kami akan kutip seringgit sebagai bayaran sewa tapak," katanya.

Jika mereka tidak berniaga atau jualan tidak laku, Pkuf tidak akan mengutip apa-apa bayaran.

Mengenai bertih jagung itu, Umi Ati berkata selain menjual kepada penghuni flat berhampiran, produk itu dijual di kedai runcit. 

Pkuf sedang mencari pengedar untuk mengembangkan pasaran. 

Bagi mereka yang berminat menjual atau membeli secara borong bertih jagung, bolehlah menghubungi Herlina atau Umi Ati di 0143921060 / 0166535632 dan 0173625767

Pkuf juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang boleh disalurkan pada akaun Pkuf pada nombor akaun Ambank 8881018446376 

Program anak daurah di Masjid Sungai Choh, Serendah, Selangor anjuran Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah (Pkuf)

8
0
0
0
0

Copy Link: