Jom gi Terengganu! Pusat peranginan akan dibuka semula mulai Mac 2023! Monsun Timur Laut berakhir!
Published byPulau Perhentian, Besut
SELEPAS ditutup bagi aktiviti pelancongan akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kini semua pulau dan pusat peranginan di seluruh negeri ini akan dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat-peringkat bermula Mac 2023.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, kawasan terbabit ditutup berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku pada November 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti percutian
Ariffin Deraman
Katanya, semua pengusaha pelancongan telah bersedia menerima kemasukan pelancong ke pulau-pulau di Terengganu.
“Sebenarnya, tiada arahan khusus untuk menutup operasi resort, chalet atau hotel di pulau sepanjang tempoh Monsun Timur Laut melanda negeri ini,” katanya.
Justeru, katanya lagi, ramai pengusaha masih meneruskan operasi mereka bergantung kepada keadaan cuaca. Rata-rata pengusaha sudah faham terhadap lumrah cuaca yang berlaku di Terengganu.
Katanya, pihak berkuasa juga selalu mengingatkan kepada mereka agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan sepanjang musim tengkujuh berlangsung.
"Kemeriahan percutian di Pulau Terengganu akan lebih terasa pada Mac 2023 apabila ramai pengusaha telah menawarkan pakej percutian menarik di tempat masing-masing," ujarnya.
Air Terjun Sekayu,Hulu Terengganu
Antara pulau yang sering menjadi pilihan pelancong ketika berkunjung ke Terengganu termasuklah Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas.
Selain itu tempat reakreasi yang dianggap berisiko ketika musim tengkujuh ialah, Air Terjun Lata Tembakah, Air Terjun Lata Belatan, Air Terjun Sekayu,Air Terjun Lasir,Lata Payung dan Air Terjun Chemerung bakal dibuka juga. - KitaReporters