SEJAK 'terkurung' di rumah mahupun terhenti daripada melakukan aktiviti rutin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, orang ramai khususnya warga maya dilihat semakin kreatif. Mungkin juga kerana terlalu banyak masa lapang ataupun kebosanan, ada sahaja idea mereka sehinggakan kadangkala berada di luar kotak fikiran. : KitaReporters


Sebagai contoh, lihat sahaja komen-komen mengusik warga maya terhadap Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bukan inti pati ucapan beliau yang menarik perhatian warga maya untuk diulas, sebaliknya pakaian yang dipakai Ahli Parlimen Bera itu pada setiap kali sidang akhbar hariannya di Putrajaya.

Dalam satu 'posting' oleh Dakucing Ku dalam akaun Facebooknya (https://www.facebook.com/aryou.niyu), pemilik akaun laman sosial itu memuat naik beberapa gambar Ismail Sabri yang memakai pelbagai baju batik dengan rona ceria.

Apa yang menariknya adalah di setiap gambar tersebut turut disertakan menu atau pemanis mulut yang warnanya seakan-akan sama dengan pakaian yang dipakai oleh Ismail Sabri.

Aduh, posting tersebut bukan sahaja kreatif dan menghiburkan, malah boleh menyebabkan terliur, tambahan lagi pada bulan Ramadan ini.

Setakat hari ini 1 Mei 2020, posting tersebut mendapat lebih 3,500 tanda suka dan hampir 10,000 perkongsian selain menerima lebih 1,100 komen yang rata-ratanya mencuit hati.




Seorang warga maya, Rose Gee menulis; "Netizen Malaysia memang sangat-sangat berbakat, bijaksana sini, tabah dan tekun dalam apa jua bidang. Terbaik," tulisnya.

"Waaaa, betullah. Pernah cakap. Datuk ni pakai baju warna-warni. Cantik-cantik macam warna-warna kuih. "Rupanya bukan aku seorang perati macam tu. PKP mata semua buka luas, lepas ni apa pulak ye. Hehehe. 

"Apapun Datuk terbaik," tulis Rush Eda. 

 "Ni memang lawak weh, siapa yang buat, dengan aku-aku sekali terliur. Baju pun ko boleh buat bahan. 

"Kalau PKP sambung sebulan lagi jangan kau samakan dengan ayam goreng pulak. Adoii," tulis Pscho Nur.

Apapun, baju yang dipakai oleh Ismail Sabri itu memang menarik sehinggakan warga maya meneka adakah menantunya yang juga pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie merupakan individu yang bertanggungjawab dalam pemilihan pakaian bapa mertuanya? 

Harap-harap adalah wartawan yang berani bertanya sendiri dengan Ismail Sabri, manalah tahu boleh jadi inspirasi untuk pakaian raya tidak lama lagi. - KitaReporters




Kredit foto: FB Dakucing Ku 


2
0
0
2
0

Copy Link: