Anda peminat dunia sukan permotoran? Event Legacy Rider kembali! Versi 2.0 di KL Base, 28 Okt 2023!
Published by
KitaReporters
--title--
Program Legacy Rider 1.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober tahun lalu (2022) berjaya menghimpunkan lebih 50,000 peminat sukan permotoran di negara kita.
Program anjuran Legacy Rider yang mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), PUNB Malaysia, PERNAS dan GISB Holding.
Sambutan positif yang diterima, membakar semangat Legacy Rider yang kini menganjurkan Event Legacy Rider 2.0 yang akan berlangsung pada 27 hingga 28 Oktober 2023 di KL Base (Bekas Lapangan Terbang Sungai Besi).
Lokasi asal program iaitu di Stadium Shah Alam untuk acara itu kini berpindah ke bekas Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur memandangkan kedudukannya yang strategik dan sesuai untuk acara berstatus mega begini.
Wakil penganjur Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi, Pengarah Urusan GGR Machine (M) Sdn Bhd & Legacy Rider berkata, pihaknya menjangkakan edisi Event Legacy 2.0 akan diserbu oleh 50,000 hingga 60,00 pengunjung yang juga peminat sukan permotoran.
"Program akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Perasmian Legacy Rider 2.0 yang dicadangkan adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia) ataupun Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan), jika diberi peluang pihak Legacy Rider inginkan Perdana Menteri Malaysia yang merasmikan Legacy Rider 2.0 kerana ini akan memberikan satu penghargaan yang sangat bermakna bagi pihak Legacy Rider & peminat sukan pemotoran di negara kita," katanya.
Menurutnya, pengunjung yang hadir nanti akan dapat menyaksikan pelbagai pameran menarik antaranya himpunan 300 motor jenama Ducati.
"Program ini dijalankan untuk menyemarakkan industri pelancongan di negeri Selangor dengan memperkenal kepada kumpulan bermotosikal di seluruh negeri serta golongan belia yang menceburi sukan permotoran bagi tujuan mengeratkan silaturahim dan berekreasi.
"Event Legacy Rider 2.0 merupakan sebuah program yang menghimpunkan para belia yang terlibat dengan sukan permotoran dalam sebuah program yang santai dan pelbagai aktiviti dan hiburan dari rakan selebriti popular tanahair yang akan dijalankan.
"Dalam usaha menjayakan Event Legacy Rider 2.0 juga, kami telah menjalankan hubungan baik dengan rakan selebriti popular tanah air dan ikon-ikon media sosial (influencer) yang akan turut serta membantu dan mempromosikan event ini," katanya.
Antara selebriti jemputan ialah Achey Bocey, Black Hanifah, Ajak Shiro, Uchop Ahmad, Tajul dan ramai lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media
14
13
0
6
0