Video| Bakat tersembunyi Keluarga Malaysia! Pramugari hasilkan tempe Jalur Gemilang! Unik, kreatif!

Published by
KitaReporters


Kesibukan terbang di awan biru tidak menghalang seorang pramugari untuk menampilkan kreativiti beliau menghasilkan tempe unik corak Jalur Gemilang serta simbol 14 bucu bintang menjadi tular dalam media sosial dengan lebih 870 ribu tontonan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pramugari tersebut bernama @syafiqahliyanailias93, memaparkan pembikinan tempe itu yang digubah mengikut bentuk bendera Jalur Gemilang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan tempe


Saya kongsikan cara membuat tempe Jalur Gemilang dalam kuali,” kongsinya.

Rata-rata pengguna media sosial memuji bakat serta kreativiti wanita tersebut sambil turut bangga dengan semangat patriotisme yang ditonjolkan melalui hasil membuat tempe Jalur Gemilang itu.



“Terbaik, nampak jalur gemilang di sebalik salji,” kata @isyamin29.

“Cantik dan gebu seperti tuan badannya,” ujar @hanaa.hm.

“Kali pertama lihat tempe dibuat dengan corak Jalur Gemilang,” jelas @SonoFisa15. - KitaReporters




12
7
0
17
0

Copy Link: