Jom pakat mari Terengganu! 200,000 pengunjung dijangka hadir! Karnival Beautiful Terengganu 2022!
Published bySERAMAI 200,000 pengunjung dijangka berkunjung ke Karnival Beautiful Terengganu 2022 yang akan berlangsung selama tiga hari di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bermula pada 17 Mac 2022.
Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Terengganu Ariffin
Deraman berkata, karnival tersebut adalah usaha kerajaan negeri melalui Jabatan
Pelancongan Negeri untuk merancakkan kembali sektor pelancongan domestik.
Katanya, ia juga merupakan platform bagi menghimpunkan kepelbagaian produk pelancongan dari seluruh daerah yang akan dipaparkan secara langsung kepada pengunjung.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan karnival
Ariffin Deraman
Pulau Poh di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bakal dikunjuni ramai pelancong sempena Karnival Beautiful Terengganu
Menurutnya, sempena karnival tersebut pelbagai acara menarik menanti pengunjung, antaranya pertunjukan malam berlampu yang bakal menerangi Tasik Kenyir, modular pameran agensi, jualan pakej pelancongan istimewa ditawarkan pemain industri.
"Selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan, pertandingan memasak ikan baung, pertandingan houseboat dan speedboat berhias, pakej Kenyir Trail, permainan sukan rakyat.
"Acara utama pada malam perasmian pula adalah pertunjukan Kenyir Aqua Light and Sound, pertunjukan ukiran laser Tasik Kenyir, pancutan air berirama dan pelbagai lagi," ujarnya.
Beliau berkata, penganjuran Karnival Beautiful Terengganu tersebut diharap dapat menjadi satu acara yang mampu menarik kunjungan orang ramai dan seterusnya mempromosikan Kempen Visit Beautiful Terengganu.
“Penganjuran karnival ini sekali gus bakal menonjolkan lagi Tasik Kenyir sebagai destinasi ekopelancongan yang terunggul bukan sahaja di Terengganu, tetapi juga di peringkat nasional,” katanya.
Jambatan ke Pulau Poh, Tasik Kenyir menarik perhatian pelancong.
Malah, katanya, penganjuran karnival ini turut diharap dapat menyumbang kepada peningkatan taraf sosio-ekonomi rakyat negeri melalui impak aktiviti rantaian dari sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan..
“Program melalui kolaborasi lebih daripada 20 jabatan dan agensi itu turut menyasarkan pelbagai golongan pengunjung, termasuk belia, pelancong dalam dan luar negeri, pelajar, penduduk tempatan dan mereka yang sudah berkeluarga bagi memeriahkan karnival,” katanya. - KitaReporters