Ikan bilis putih lepak (kiri) dan sawa matang (kanan).


Selepas 10 tahun mengusahakan pakej pelancongan dalam dan luar negara, Aizal Abdul Rashid, 37, dan isterinya Siti Aishah Subehi kini mengusahakan penjualan ikan bilis keluaran tempatan bagi menyara keluarga mereka dengan wang i-Sinar yang diperolehi selepas dua minggu membuat permohonan.

Aizal berkata, selepas menerima bayaran interim ketika membuat permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dia dan isteri mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan sehingga pandemik Penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19) dapat diatasi.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perniagaan:

https://kitareporters.com/search?search=perniagaan


Aizal menyiapkan tempahan ikan bilis untuk pelanggannya.


"Pada mulanya kami menjalankan perniagaan menjual tudung secara online namun memandangkan kesulitan mendapatkan corak baharu, maka kami mengambil keputusan untuk menjual ikan bilis keluaran Langkawi pula," katanya lagi.

Permintaan terhadap ikan bilis ini dilihat tinggi memandangkan kualitinya terutama ikan bilis jenis sawa matang yang tebal dan sedap dibuat sambal atau digoreng.

Manakala ikan bilis jenis putih lepak pula walaupun nipis tetapi rangup apabila digoreng.


Aizal menyumbang ikan bilis yang ditempah.


Aizal yang telah mengusahakan pakej pelancongan sejak 2010 beruntung kerana ketika mengusahakan pakej pelancongan sebelum ini terdapat kalangan rakan-rakan yang masih mengingati dan membuat tempahan kepadanya melalui hebahan yang dibuat dalam laman Facebook.

Dalam pada itu, Aizal turut menerima tempahan ikan masin dan masam gelama belah serta belacan sebagai tempahan sampingan.

Mereka yang ingin mendapatkan ikan bilis, gelama dan belacan ini boleh menghubungi Aizal Abdul Rashid melalui talian 0164431170 atau FB @aizalabdulrashid untuk keterangan lanjut. - KitaReporters


Belacan Tanjung Dawai juga mendapat permintaan daripada pelanggan.


Aizal membawa pelancong ketika mengusahakan pakej pelancongan.

13
3
2
1
0

Copy Link: