Sedapnya Tuanku!! Minta COD kari telur, sup kimchi diraja tu
Published bySEWAKTU tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang giat berlangsung sementelah umat Islam berada dalam bulan mulia Ramadan al-Mubarak ini sudah pasti ibu-ibu dan anak perempuannya sibuk bertungkus lumus menyediakan juadah di dapur. : KitaReporters
Kredit foto: Instagram @IstanaNegara
Seminggu sebelum kedatangan Ramadan, si ibu sudah tentunya berkira-kira memikirkan juadah yang akan dihasilkan selama satu bulan sepanjang masa bulan puasa, bersahur dan berbuka nanti.
Dalam bulan Ramadan ini apa sahaja juadah yang menyelerakan pasti sahaja akan dicubanya, soal jadi atau tidak itu belakang kira, janji terisi perut hati pun senang, sudahlah!!
Selebihnya masa untuk melakukan ibadah kepada Allah.
Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Istana Negara melalui Instagramnya, kelihatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar sedang sibuk melayani masakan untuk dibuat juadah, berbuka iaitu kari telur yang begitu diminati seluruh masyarakat di Malaysia.
@istana_negara : 26 April 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan memasak bubur daging dan kari telur istimewa. Pada masa yang sama anakanda Baginda, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah turut menunjukkan bakat masakan iaitu kimchi soup di Istana Negara. - Kredit foto: IG Istana Negara
Kelihatan juga anakanda perempuannya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah yang turut menunjukkan kehebatan bakat memasak masakan Korea iaitu sup kimchi yang begitu popular dalam kalangan remaja di negara ini.
Gandingan masakan Melayu dan Korea yang ditunjukkan oleh kerabat diraja ini secara tidak langsungnya membuka selera sesiapa yang menyaksikannya walaupun menerusi beberapa keping gambar.
Sabar!! Inikan bulan puasa.
Hidangan kari telur disertakan dengan nasi panas dan sup kimchi dimakan bersama roti atau dihirup begitu sahaja secara tidak langsung menjadikan idea masakan untuk netizen di luar sana untuk mencuba setibanya waktu berbuka kelak.
Pastinya ramai yang akan menelan air liur dengan juadah yang saksikan!!
Menyelerakan bukan??
Raja Permaisuri Agong bertungkus lumus sedang menyiapkan juadah berbuka iaitu kari telur yang begitu diminati di Malaysia
Anakanda Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah menunjukkan bakat memasak sup kimchi yang menjadi kegalian remaja Malaysia.
Sementara itu, respons dalam media sosial turut dihangatkan lagi apabila masakan yang dimasak anakanda Tengku Puteri memercik ke bahagian bajunya tanpa menyarungkan apron menyebabkan ia sedikit kotor.
Justeru, reaksi netizen yang menyaksikannya berandaian bahawa tengku puteri bersungguh-sungguh dan ikhlas dengan apa yang dilakukannya bersama bonda di dapur tanpa menghiraukan 'standard'.
Selain itu ada juga netizen yang mengharapkan Raja Permaisuri Agong untuk melakukan Cash of Delivery (COD) kepada peminat tegar kari telur di sekitar kawasan Damansara, Kuala Lumpur dan Segambut.
Kelakuan keluarga diraja ini yang bersederhana walaupun memiliki segalanya dipuji netizen memandangkan semuanya sudah sedia maklum Malaysia terlalu beruntung mempunyai Ketua Negara yang berjiwa rakyat.
Seluruh bangsa berbilang kaum begitu selesa dengan keperibadian yang ditunjukkan sultan dan permaisurinya memimpin negara ketika ini.
Gelagat yang ditunjukkan keluarga diraja di dapur turut mendapat perhatian dan pujian dari peminatnya di luar seperti Indonesia
Antara respons netizen dalam media sosial
Netizen turut menyarankan kari telur sebagai menu eksklusif kerana ianya turut diminati golongan istana tidak hanya diminati golongan bawahan yang dianggap makanan kecil seperti spageti, pasta atau lasagna.
Jika nasi lemak hijau, rendang crispy dan sosej keju yang pernah ditularkan dan menjadi makanan pilihan masyarakat Malaysia kari telur yang menjadi makanan turun temurun juga dapat dibangun dan dikomersialkan di seluruh dunia.
Bahannya pula bukanlah sesuatu yang sukar dicari. malah hampir setiap ibu-ibu dan ayah-ayah mahir untuk membuatnya semudah ABC 123.
Wah!! Bertambahlah menu antarabangsa Melayu yang boleh diperkenalkan, selain sate, nasi impit dan lontong, kini menu eksklusif kari telur turut berada dalam senarai tersebut.
Kesimpulannya, marilah kita membudayakan masakan Melayu yang menjadi sebahagian dari jiwa kita agar generasi kita tidak melupai masakan warisan dahulu kala. - KitaReporters
@istana_negara : KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyediakan sendiri kek sempena Hari Keputeraan anakanda Baginda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah yang ke-18 hari ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan berpanjangan, melindungi serta merahmati seluruh keluarga dan Kerabat Diraja hendaknya.