Dah kenapa pulak! Tak pandai buat kuih! Tapi suka beli esen vanila! Rupanya buat pewangi peti sejuk!

Published by
KitaReporters


Orang yang suka atau selalu beli bahan-bahan untuk membuat kuih dan kek, sememangnya seorang yang pandai dalam ilmu kulinari. Yelah, ikutkan logik takkan mereka beli hanya suka-suka untuk buat perhiasan. 

Kalau tak pandai masak, buat apa nak beli! Ya, tak!

Tapi ada seorang wanita ini dia membuktikan pandangan itu salah. Maklumlah, perempuan mana pernah salah. Komen yang ditinggalkannya dalam Facebook seorang lelaki berkenaan esen (pewangi kuih atau kek) menarik perhatian ramai.



Dalam Facebook milik seorang lelaki bernama Daiyan Ahmad, dia berkongsi mengenai pelbagai jenis esen yang dijual di kedai atau pasar raya. Apa yang membuatkan dia mahu berkongsi dalam media sosial kerana peniaga tersebut membenarkan para pelanggan untuk merasainya (tester). 

Ikutkan memang jarang atau tiada peniaga yang pernah buat seperti itu untuk esen.

Walaupun boleh dirasa, namun esen tersebut tidak luak kerana esen bukan boleh dimakan begitu sahaja. Esen digunakan dalam pembuatan kuih dan kek agar berbau wangi serta menghilangkan bau hanyir telur.

Perkongsian ini turut menarik perhatian netizen sehingga mendapat hampir 400 ratus komen! Namun dalam banyak komen, komen daripada netizen bernama Nur Fareyna Syafiq paling menarik perhatian.



Menurutnya, dia suka beli esen vanila walaupun tidak tahu buat kuih dan kek. Namun, tujuannya membeli esen vanila itu benar-benar di luar kotak pemikiran. Jadi, tidak hairanlah komennya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 

Dalam tidak sedar, sebenarnya dia telah berkongsi tip atau petua yang sangat bermanfaat.

‘Saya suka ambil yang vanila sebab saya lap peti sejuk yang berbau guna perisa vanila. Mesti peti sejuk wangi je. Maklumlah manusia yang tak pandai buat kuih mahupun kek. Beli sebab nak lap peti sejuk je,” tulisnya.



Ramai terkejut dengan tip yang dikongsinya itu. Ada antara netizen seakan-akan tidak percaya namun mahu mencubanya. 

Rata-rata mahu mencubanya kerana sebelum ini mereka tidak pernah terfikir esen boleh dibuat pewangi peti sejuk.

Malah ada juga netizen menceritakan sebelum ini arwah ayahnya pernah menggunakan esen vanila untuk mewangikan microwave.



“Dulu arwah abah ajar, dia bersihkan microwave rumah kita. Lepas itu lap dengan esen vanila. Macam terkagum kejap. Lepas itu dia ajarlah buat untuk peti sejuk gitu,” ceritanya.

Lepas ini, laku keraslah esen di pasaran. Pilih sahaja perisa apa yang berkenan di hati sama ada vanila, pisang, pandan dan bermacam-macam lagi. Buka sahaja peti sejuk, terus keluar aroma wangi daripada esen. 

Okay, jom cuba! - KitaReporters


21
19
0
16
0

Copy Link: