Bakal cef ni! Budak usia 6 tahun cekap masak kuetiau goreng! Salute la dik! Salute la ibu bapa adik!

Published by
KitaReporters


BIMBINGLAH anak-anak sejak dari kecil lagi agar mereka mampu melakukan aktiviti itu sendiri dengan didikan dan ajaran daripada ibu bapa sejak dari kecil lagi.

Ini bagi mengajar mereka untuk berdikari dan mampu melakukan perkara asas dalam kehidupan seperti memasak tidak kira anak itu lelaki mahupun perempuan.

Sebuah video dalam Twitter telah tular sehingga menjadi bualan netizen kerana bakat seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun ini mampu memasak kuetiau goreng.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti memasak


Dapat dilihat dari video tersebut kanak-kanak ini dilihat memasak sambil dipantau oleh bapanya ketika menggunakan peralatan di dapur tanpa rasa kekok.



Rata-rata netizen yang melihat video ini berpendapat bahawa kanak-kanak ini mempunyai skil memasak walaupun masih berumur enam tahun.

Ini kerana rata-rata daripada kita semasa kanak-kanak hanya tahu bermain dan tidak pandai melakukan apa-apa kerja atau melakukan tugasan seperti ibu dan ayah.



Bukan hanya itu, rata-rata netizen memuji sikap ibu bapa kepada kanak-kanak ini kerja memberikan pendedahan awal sejak dari kecil untuk perkembangan kanak-kanak tersebut. - KitaReporters


10
17
0
10
0

Copy Link: