Video| Berkorban apa saja! Guru beri pelajar-pelajar SPM pensel! Dah dibacakan doa dan surah Yasin!
Published byGambar hiasan
"GURU ibarat lilin membakar diri untuk menerangai orang lain."
Itu antara ungkapan yang sesuai untuk digambarkan dalam satu video yang tular dalam media sosial TikTok apabila sanggup berusaha untuk memudahkan pelajarnya lulus dan berjaya dalam subjek peperiksaan yang diajarnya.
Apatah lagi, menerusi klip video berdurasi 30 saat itu kelihatan guru tersebut menangis agar muridnya memakai pensel yang diberinya ketika menjawab soalan peperiksaan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan guru-guru
Peperiksaan bertulis SPM sudah bermula sejak 20 Februari 2023 melibatkan seramai 403,637 calon hingga 15 Mac melibatkan 131,318 pengawas peperiksaan di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Video yang tular itu pastinya meruntumkan jiwa yang menontonnya apabila guru tersebut seakan teresak-esak memberitahu pensel yang diberinya sudah dibacakan doa serta surah Yasin agar memudahkan pelajarnya menjawab peperiksaan.
Kita sedia maklum, pastinya setiap guru inginkan anak muridnya cemerlang dalam setiap peperiksaan terutama peperiksaan besar seperti itu.
Malah tidak hairan, guru sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak muridnya berjaya dan seakan-akan satu hadiah jika dapat mereka berjaya pada masa hadapan kelak.
Video pendek itu menarik perhatian netizen, rata-rata komen meluahkan rasa terharu dan sebak dengan perbuatan guru tersebut yang sanggup "berkorban" sehingga saat akhir untuk memastikan anak muridnya dipermudah dalam menjawab peperiksaan.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah ditonton mencecah lebih 2 juta dengan lebih 1000 komen yang rata-rata memuji sikap guru berkenaan. - KitaReporter