Sulaiman Salikan (kanan) dan Mohd Tajuddin Idris melepaskan peserta Mini Birdrace Putrajaya 2025 di Taman Botani.


MINI Birdrace Putrajaya 2025 di Taman Botani Putrajaya memberi keterujaan kepada peserta terutama kategori sekolah kerana ini pertama kali mereka mengambil bahagian dalam program itu selepas kali terakhir diadakan pada 2018.

Sambutan untuk kategori sekolah dan terbuka agak memberangsangkan walaupun tempoh promosi singkat kerana ia sepatutnya diadakan pada Mei 2025 tapi diawalkan bagi meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025.

Presiden Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST), Sulaiman Salikan berkata, program Mini Birdrace Putrajaya 2025 yang dianjurkan Jabatan Landskap dan Taman (JLT) Perbadanan Putrajaya (PPJ) memberi peluang komuniti di pusat pentadbiran negara dan kawasan sekitarnya mengambil bahagian.


Sulaiman Salikan


Beliau berkata, seramai 90 peserta mengambil bahagian iaitu 10 kumpulan kategori sekolah dan 20 kumpulan bagi kategori terbuka. Ada juga peserta yang dulu mendaftar sebagai peserta sekolah pada 2018, turut mengambil bahagian tapi sebagai peserta kategori terbuka.     

"Alhamdulillah, sambutan yang kita diterima amat baik dan ini membuktikan program berkaitan burung dan alam sekitar memang mendapat tempat dalam kalangan mereka.

"Ada peserta yang pernah mengambil bahagian dalam birdrace pada 2018 turut mendaftar sebagai peserta. Ini sesuatu yang baik kerana ada kesinambungan apa yang dilakukan dulu dan ia suatu kejayaan bagi kami," katanya.


Sulaiman (kiri) memberi penerangan kepada para peserta Mini Birdrace Putrajaya 2025.


Mini Birdrace Putrajaya 2025 dirasmikan Naib Presiden Landskap dan Taman PPJ, Datuk Badlishah Ahmad. Turut hadir, Pengarah Botani, Jabatan Landskap dan Taman PPJ, Mohd Tajuddin Idris dan Arkitek Landskap, LAr Nur Nisha Mohd Idrus,

Sulaiman gembira kerana program itu diadakan semula selepas 2018 kerana NEST sudah lama merancang aktiviti seumpama itu dengan harapan Putrajaya menjadi lokasi burung dan hab urban birding di negara ini.


Memerhati burung menggunakan bino memerlukan fokus dan kesabaran kepada peserta.


"Putrajaya mempunyai kawasan taman yang unik untuk memerhati burung di kawasan bandar dan NEST berharap usaha merancakkan program berkaitan urban birding dapat diteruskan kerana potensinya amat besar.

"Saya juga diberitahu bahawa program seumpama itu akan dijadikan acara tahunan. Harapan kami birdrace akan datang akan menjadi acara lebih besar dan meriah malah mendapat penyertaan lebih ramai dalam kalangan komuniti Putrajaya dan kawasan luar," katanya.



Peserta berbincang dan membuat rujukan nama burung yang mereka lihat bagi memastikan spesies yang dicatatkan betul.


Sementara itu,  kumpulan Aero Troopers yang diwakili Nur Syamimi Syahmina Helmi, Amira Aisyah Amir Mohd Paiman dan Ainur Syaziera Azuan Izan muncul juara bagi kategori sekolah Mini Birdrace Putrajaya 2025 dengan mengumpul 32 spesies burung.

Manakala, UKM Raptors yangf diwakili Muhammad Khalid Al Walid Noor Azman, Farid Iskandar Zulkifli dan  Muhammad Luqman Al Hakim Noor Azman menjadi pemenang kategori terbuka dengan 51 spesies burung.


Ada peserta bird race adalah terdiri daripada ahli keluarga dan ini memberi peluang mereka untuk mengadakan aktiviti berfaedah bersama.


PEMENANG KATEGORI SEKOLAH:

Johan: Aero Troopers

1. Nur Syamimi Syahmina Helmi

2. Amira Aisyah Amir Mohd Paiman

3. Ainur Syaziera  Azuan Izan

Kedua: Kenari

1. Nik Adam Rizqin Nik Hanapi

2. Muhammad Rayyan Syauqi Syariffuddin

3. Najmi Arsyad Nor Azuwan

Ketiga: Clever Birdie

1. Muhammad Ammar Fatih Mohd Yusri

2. Muhammad Ammar Fayyadh Mohd Yusri

3. Nafiz Amsyar Nor Azuwan

KATEGORI TERBUKA:

Johan: UKM Raptors

1. Muhammad Khalid Al Walid Noor Azman

2. Farid Iskandar Zulkifli

3. Muhammad Luqman Al Hakim Noor Azman

Kedua: Malkoha

1. Muhammad Ridhwan Osman

2. Nur Atiqah Lukman

3. Nur Syafiqah Lukman

Ketiga: Birdwatching Ninjas

1. Nur Azleen Jamaluddin

2. Nur Syifai Zairul Nizam

3. Muhammad Izz Nadim Al Rayyan


Sebahagian peserta Mini Birdrace Putrajaya 2025 bergambar kenangan selepas majlis penyampaian hadiah.

13
12
0
7
0

Copy Link: