Video| Tak tahu nak gelak atau nangis! Niat di hati nak minum air longan! Tapi dapat air cendawan!
Published by.
Selain nikmat peroleh kejayaan menahan lapar dan dahaga pada bulan Ramadan, satu lagi kelebihan dah tentunya nikmat tatkala air yang sedap lagi sejuk mengalir pada tekak.
Paling nikmat air yang dibuat adalah pilihan dan keinginan
sendiri atau mungkin sudah dipilih saat bersahur lagi.
Menariknya perkongsian kali ini, datangnya daripada seorang pemilik akaun TikTok, ‘Stylo Gilo’ yang memuat naik satu video agak melucukan tetapi ada terselit juga unsur dramatik yang boleh menyentuh perasaan.
Dalam video berkenaan, memaparkan kisah lucu seorang anak yang tersalah memilih tin antara buah longan dan cendawan butang untuk dijadikan minuman berbuka puasa. Akhirnya dia mambuat air berasaskan cendawan dan bukannya longan.
Video yang semakin tular itu sudah mendapat perhatian ramai apabila berjaya meraih tanda suka sebanyak 97.8 ribu dengan 3,666 komen, selama dua hari ia dimuat naikkan.
Cuba bayangkan... waktu berbuka puasa semakin hampir, persiapan hidangan berbuka sudah siap… yang tinggal hanya minuman antara lain untuk dijadikan pembuka selera. Pasti tidak sabarkan...
Lain pula bagi keluarga ini, apabila seorang ibu cuba untuk
melihat minuman yang telah disiapkan anaknya, tetapi keadaan bertukar menjadi
lucu kerana bukan longan yang ada di dalam jag air itu tetapi beberapa ketul
cendawan butang.
Keadaan bertambah kecoh dengan hilai tawa ibunya yang tidak
dapat menahan perasaan suka dengan keadaan tersebut.
Walaupun ia nampak kelakar tetapi nada suara anaknya agak kecewa juga kerana kesilapan yang tidak disengajakan itu, kerana dia juga yang hendak menikmatinya. Aduhai anak bertuah…

Mungkin air longan seperti ini yang diharapkan.
Bayangkan air yang sudah dicampurkan ais batu, gula dan lemon dan tinggal hanya untuk diteguk sahaja… namun ia terbantut dek kerana longan yang diharapkan sebagai bahan utamanya sudah bertukar menjadi cendawan butang.
Lain yang diharapkan lain pula yang jadi.
Bulan puasa memang banyak menguji khususnya umat Islam yang berpuasa, ini pun antara salah satu ujian pada bulan Ramadan. Sabar je lah…

Antara komen netizen yang berkongsi pengalaman lebih kurang sama.
Dalam ruangan komen pula, rata-rata netizen juga terhibur dengan video tersebut, ada yang turut sama tertawa dan ada juga bersetuju bahawa perkara sedemikan boleh berlaku ada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja.
Tidak kurang juga yang berkongsi kisah mereka dan keluarga mereka yang tersalah memilih makanan.
Benda lain yang hendak dimasak, benda lain yang diletakkan. Benda lain yang hendak diambil, tetapi benda lain pula yang melekat pada kepala.

Lucu...
Lebih banyak menontonnya, maka lebih banyaklah air mata yang akan mengalir seiring gelak tawa.
Macam-macam ragam, apa pun semuanya membuat kita rasa terhibur dan ini yang dikatakan warna-warni dalam kehidupan seharian kita. - KitaReporters