Video| Ini baru real! Pasar terapung sebenar! Jual beli dalam banjir! Air paras pinggang! Meriah!
Published by.
Banjir adalah bencana yang boleh merugi dan memusnahkan harta benda, nyawa dan menjejaskan pendapatan.
Namun ketika banjir terdapat golongan peniaga terutama yang terlibat dalam perniagaan runcit dan makanan serta minuman mendapat untung lebih. Ini kerana orang ramai yang terjejas banjir memerlukan barangan yang dijual.
Terdapat banyak pasar terapung di seluruh dunia. Biasanya bila melibatkan pasar terapung, peniaga akan duduk dalam bot, sementara pembeli pula membeli dari daratan.
Namun terdapat pasar terapung ‘sebenarnya’ di mana pembeli dan penjual sama-sama berada dalam air. Ia terjadi di Kalimantan Barat, Indonesia yang dilanda banjir besar.
Tragedi ini membuat ramai penduduk yang terkesan.Dan banjir besar menyebabkan air sampai di paras pinggang orang dewasa.
Ia secara tidak dirancang terwujud ‘pasar terapung’. Dan antara ‘pasar terapung’ ialah di Kabupaten Landak.
Golongan peniaga makanan meletakkan bahan makanan di atas papan yang berada di atas air dan mereka sendiri terpaksa berendam dalam air. Sementara pembeli juga meredah air untuk membeli makanan.
Keadaan jual beli sedemikian memang sesuai dianggap sebagai pasar terapung sebenar.
Antara makanan yang dijual ialah nasi, mi goreng. kuetiau goreng, dan bakso, di samping barangan gorengan seperti pisang, keladi dan tempe.
Video yang menampilkan momen warga berjualan di tengah banjir pertama kali dimuat naik dalam akaun TikTok @aming_bangor.
Pemilik kedai juga terlihat menjajakan pelbagai gorengan panas yang baharu dimasak.
Terlihat juga tempat mengoreng dan dapur gas serta bekas memasak gorengan di tepinya.
Agar jualannya tidak terendam banjir, penjual meletakkan barang dagangan di atas tong besi tinggi. Sementara tong gas untuk memasak tergantung di atas agar tidak terkena air banjir.
Tidak hanya menjajakan pelbagai macam gorengan, penjual juga terlihat menjual sejumlah jajanan lain seperti sosis hingga bakso goreng yang diletakkan di atas dulang besi besar. Kelihatan ramai pelanggan asyik memilih gorengan.
Terdapat juga yang asyik memakan gorengan sebaik dibeli walaupun separuh tubuh mereka terendam banjir. Terdapat juga yang memasak nasi goreng dan ramai beratur membeli.
Video ini telah ditonton lebih 3 juta kali. Dan para netizen memberi komen pelbagai. Terdapat ramai yang tertarik dengan konsep jual beli cara itu.
Dan cara menggantung tong gas juga boleh menyebabkan ia meletup dan berlaku kebakaran. - KitaReporters